Assalamualaikum
kepada semua pembaca.
Hehehe. Ada pembaca ke kat blog saya ni? Alaaa
kalau tak ada pembaca pun tak apa. blog ni khas untuk saya meluahkan buah
fikiran, pengalaman dan jalan cerita hidup saya. Kalau perhatikan blog saya ni saya tak cipta
pun button untuk follow blog ini. Bukan apa, saya rasa segala isi blog ini
hanya cerita mengenai kehidupan saya dan pengetahuan serta pengalaman. *macam
budget artis pulak kan.. hehe.
Hari ni sudah masuk 2
minggu saya hidup sebagai penganggur. Habis je final exam mmg cadang ambil masa
untuk stay dekat rumah tunggu sampai boring. Ingatkan boleh la sampai sebulan.
Tup tup baru 2 minggu dah rasa boring. Hehehe. Saya mmg macam ni, cepat rasa
boring bila duduk rumah tak buat aktiviti luar. Rutin hidup kemas rumah, main
dgn anak buah, makan n tidur. Hmmm boringkan nak dgr cerita ni..?
By the way, hari tu
ada la join mak cik pergi tgk show Primadona kat astro prima. Ingat boleh la
bergambar dengan ramai artis. Sbb ada Erra Fazira, Rozita Che Wan, Ziela Jalil,
Raja Azura, Sazzy Falak, Hanis Zalikha, Jaclyn Victor and a few more la. Tapi
tgk shooting tu dapat tgk dorg je. Ambil gambar tak dapat pun. Hancur dan
keciwa laa hati ni. Hehehe. Tak ada la kecewa sangat pun sebenarnya sbb dorg tu
pun manusia biasa, they just popular in media jewww.. :p
Ohh ohhh.. habis la
cerita pasal show yang boring tu. Ini just nk inform that sooner my result akan
keluar. Ya Allah. Jantung ni terus laju kencang bila ckp pasal result. I am
feeling so bad for this last semester because of I am too lazy. Yup saya akui
“KADANG-KADANG” saya malas :p tapi untuk final semester ni makin menjadi-jadi
pulak. Tapi dalam kelas still focus. Kalau tak focus nnt lagi tak paham.
Nak pendekkan cerita
untuk subjek Audit saya mmg study last minute. 2 hari before exam audit baru
study. How bad I am because audit is reading you know. Haihh tak tahu kenapa
rasa malas nak hadap buku audit dan segala isi-isinya susah untuk dihadam di
dalam otak. So bila dah last minute I just short cut la semuanya. Dari 8 bab
saya baca 6 sahaja and I just read point yang pernah keluar exam. Yang tak
pernah tu saya GORENG!! Hehehe.. bila final je dari 4 soalan 1 soalan keluar
chapter yang saya tak study. WHAT!! Okay I’m dying here. Tapi redha jela sbb
saya kan dah berusaha.. yaaa.. berusaha la sangatkan.
Untuk dapat AKJ
(Anugerah Ketua Jabatan) Politeknik call it AKJ. Kalau U panggil Dekan, naib
canselor laa kan. So untuk dapat AKJ dalam CGPA (not CGP taw) saya perlu
maintain result 3.5. kalau jatuh meaning that convo nanti tak dapat pingat.
(haa.. padan muka main-main lagi kan!) L
Jadi sekarang ni saya hanya mampu berdoa dan bertawakal je la. Hope saya dapat
la deanlist sbb mmg itu harapan saya untuk beri kepada ma and abah.
Mama and abah please
la doakan untuk anakmu. Saya tahu mama and abah mesti la doa untuk semua
anak-anak dia. J