Bestkan hari ni cuti sempena hari krismas. Kebetulan pulak hari ni jgk birthday brother-in-law, so buat la masak sikit untuk celebrate dgn birthday adiba yg comel.
Apa lagi, saya pun nk tunjuk bakat laa kan sbb kalau time berkumpul mcm ni, kalau masak masak ada yg nak mkn. tp kali ni tak nk masak pun just nk buat air. Haaa.. air apa? tu tajuk dah nyata dan jelas serta terang benerang.. panjang lebar pulak nk cerita kat cni.. jom tengok resepi.
Cara buat Cocktail ni senang je ^_^
Bahan-bahan:
- 2 tin susu cair
- 1 tin buah-buahan cocktail
- 1 tin laici
- 1 peket Mix fruit jelly
- 500ml air soda berkarbonat
- 2 sudu susu pekat manis
- ketulan ais
(buah-buahan tu optional. blh pakai strawberry, kiwi or peach)
Cara-cara:
1) Campurkan je kesemua bahan.. Siap dah ^_^
Lagi sedap kalau letak buah-buahan or jelly banyak-banyak
Kalau dah dapat minum ni. rasa asyik nk minum je.
Buat ni senang je tp sedap sangat. eceh. nk puji diri buat sedap lettew.. :p
Selamat mencuba