Syukur kepada Allah swt kerana masih memberi kekuatan kepada aku untuk terus mengharungi liku-liku di dunia.. Alhamdulilah.. :)
So lets start!!
Amacam dah start cuti raya cina ni? cuti seminggu pergi holiday mana? ke picnic kat rumah je.. hehe.. kat mana berada asal kita bahagia okay? good!!
Hari ni aku buat resepi baru..
Cuti ni aku rasa nk habiskan masa aku dgn membuat mcm2 resepi laa..
Resepi ni aku dapat dari mana lagi kalau bukan pakcik Google.. kau taip aje laa apa pun nnt dia bg punya laa.. hahaha..
Bahan-bahan :
- 10 keping roti ( ada org buang kerak dia. tapi aku sayang nak buang kerak roti yg tak bersalah tu. maka aku pun tidak membuangnyaa. cian dia nnt dia nangis taw. hehe)
- chip chocolate
1) Susun roti tersebut ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. kemudian taburkan chip chocolate. aku guna loyang saiz 8''
Bahan untuk di kisar: (pemalas nak pakai mixer)
- 3 biji telur
- 4 sb gula
- 1 sb tepung jagung
- 200ml susu penuh krim
- 200ml whipping cream
- 1st esen vanilla
2) Kisarkan bahan diatas dan tuang ke dalam loyang yang berisi roti tadi. taburkan lagi sedikit chip choc
3) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan 10minit lebih awal pada darjah 180 selama 30 minit.
Bahan-bahan Vanilla Sauce :
- 1 tin susu cair
- 2 sb gula
- 2 sb tepung castard
- 1 st esen vanilla
4) Kisar kesemua bahan dan masak dengan api kecil sambil gaul-gaul manja.. ewaahh..
5) Selepas pudding masak selama 30minit. curahkan vanilla sauce apabila ingin makan yaa..
okayy selamat menjamu selera..
Ini laa hasil Bread Pudding saya yang pertama kali baru buat.. :D
Sumber : Cik Epal