Friday, December 14, 2012

Muhasabah

Assalamualaikum..

"MUHASABAH" rasanya itu jela tajuk yang paling tepat dan sesuai. Saya tahu saya sedang diuji oleh Allah swt. Mana-mana manusia dimuka bumi ini semua sedang diuji kerana kehidupan di dunia adalah ujian dan akhirat adalah balasan. :) 

Terkadang saya terlalu emosi dalam menghadapi ujian-ujian Allah. Padahal ujian kita manusia biasa ini apa la sangat nk dibandingkan ujian Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat Nabi dan ahli keluarga beliau yang memperjuangkan agama islam. Saya akui kadang-kadang saya merungut, sedih, kecewa, berputus asa untuk menjalani kehidupan kerana dunia ini seperti penjara bagi umat islam. tapi ingin diingatkan jauhi la diri kita dari 7 emosi ini :

  1. SUKA TAKUT - Kita sering rasa takut ditimpa kemiskinan di dunia, takut jatuh miskin, takut sakit, takut rezeki tak datang. Jangan takut kepada semua itu. Tapi takut la kita kepada Allah s.w.t dan takut la kita sekiranya kita miskin di akhirat.
  2. DENGKI - Berasa dengki sesama saudara, dengki dengan kelebihan orang lain, dengki dengan rezeki yang Allah beri kepada org lain. Allah itu Maha Mengetahui. Dia akan beri yang terbaik untuk kita. sentiasala berperasangka baik sekiranya rezeki kita belum sampai dan teruskan berusaha.
  3. SUKA BENCI - "Saya benci laa mcm ni" "Eiii !! menyampahnya" saya benci dia buat mcm tu saya benci dia buat mcm ni. ada sahaja perasaan benci. kenapa perlu membenci? Seorang yang baik akan mengingati 2 perkara. (1. Kebaikan yng orang beri kepadanya. 2. Kejahatan yg telah dia buat kepada org lain) dan akan melupakan 2 perkara (1. Kebaikan yang telah diberi. 2. Kejahatan yang telah org lakukan kepadanya.)
  4. DENDAM - menyimpan perasaan dendam dalam hati. orang buat jahat kita yang nk balas jahat. Berpegang la kepada prinsip "Orang buat baik kita balas baik. Org buat jahat kita tetap balas dgn kebaikan"
  5. SUKA TAHYOL - "Aku SAKIT, keluarga aku HURU-HARA, mesti ada org hantar-hantar ni. ni mesti si pulan ni sbb dia jahat dgn aku" kalau kita terlalu percaya dan memikirkan tentang tahyol sahaja akan datang 2 perkara. (1. Fitnah dan prasangka buruk kepada org lain. 2. Tidak percaya akan kekuasaan Allah) Kalau kita sakit itu datang dari Allah.
  6. SUKA MARAH - Asyik-asyik ada rasa marah. perkara kecil pun jadi marah. jangan pupuk perasaan marah itu meski pun berasa marah kerana syaitan akan menambah-nambahkan lagi kemarahan. berzikir, ambil wudhuk dan solat sunat. In Sha ALLAH dijauhi rasa marah.
  7. TAMAK - Takut harta makin berkurang, takut ilmu berkurang tak nak bersedekah sbb rasa harta kita yang punya. kesemua di muka bumi ini adalah ALLAH yang punya. kita pinjam sahaja jadi kenapa takut untuk bersedekah meskipun 1 ringgit.

Bila kita buang kesemua emosi ini yang datang kepada kita hanyala rasa kasih sayang dan kesyukuran. In Sha ALLAH. Kita manusia biasa iman sentiasa menaik dan menurun, tidak pernah tertinggal dari melakukan dosa meskipun sedar atau tak sedar. tapi meminta la keampunan kepada Allah dengan segera. ALLAH itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. buruk mana, besar mana dosa kita, banyak kali macam mana pun Allah itu masih terima kita.




Berbalik kepada MUHASABAH. Apa itu MUHASABAH? bagaimana caranya?

Pada pandangan saya Muhasabah ini adalah mengingati perbuatan diri dan menilainya sendiri. Masa yang baik untuk bermuhasabah adalah 3-5 minit sebelum tidur. baring dan berfikir hari ini apa yang aku lakukan. Pagi bangun solat subuh ke tak? pukul berapa bangun? Apa yang mulut aku cakap seharian ni? mengumpat org ke? Si pulan ni ada sakit hati ke tak aku ckp macam ni? Aku dan minta maaf ke belum? Sentiasa ingat balik apa yang telah dilakukan dan perbetulkannya untuk hari esk. Sebelum tidur niat nak minta maaf kepada mak abah, kawan-kawan dan jiran jika buat salah dan tanamkan kata-kata positif untuk hari esok. sebab itu ada pepatah mengatakan "Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" Haa.. jangan tahu cakap je taw. :p Sebenarnya entry ini bukan sahaja untuk sekadar omong kosong tapi juga sebagai peringatan buat saya. kita terkadang leka dan lupa tapi sesama la kita mengingati.

Sebelum terlupa tiap-tiap hari doakan la buat saudara-saudara islam kita yg berada di Palestine, Syiria, Rohingya dan di seluruh muka bumi. Semoga anda hidup diberkati Allah dan di beri taufiq dan hidayah.



Assalamualaikum..^^