Monday, December 17, 2012

Kerabu Perut Sotong Daun Selom

Assalamualaikum..
Haa...Amek kau panjang betul nama resepi aku ni "Kerabu perut sotong daun selom"


Hehehe..Maksud dia perut campur sotong laa.. memandangkan kat umah tinggal sotong sikit, perut sikit maka aku buat la kerabu perut dan sotong bersama daun selom.. tahu daun selom tu apa? 


Ini laa dia daun selom haa yang mak dah koba kat ekau.. :p




Anyonyo.. omnomnom..comelnya diba sayang.. :) Buat kerabu ni senang je plus kat umah semua bahan dah ada, daun selom tu tak payah beli ada kat depan umah ni jee.. mak abah aku mmg suka bercucuk tanam sbb tu dorg suka halaman umah besar. tapi anak-anak dia errr.... hehehehe.. Dulu ingat lagi kalau mak suruh sapu halaman umah dgn kakak aku, masing-masing merungut nak sapu sikit je sbb halaman besar sgt bnyak laa songeh dia kan? hahaha..




Abah pun dah jarang beli cili sbb cili kat belakang umah yg dia tanam tu dah tinggi macam aku dh.. haaa gila kau boleh buat jual sampai kadang-kadang bg je kt jiran. cakap je nak apa? daun kesum, bunga kantan, pokok pisang, daun pandan, cili, ulam-ulam, daun kari, pokok limau. tapi semua yang common jela. standard tanam kat umah. kalau nak kobis, sawi sume tu tak hado laa kan.. hehehe

Bahan-bahan dipotong :

- Perut yang telah direbus (siap dipotong)
- Sotong yang telah di rebus (siap dipotong)
- Segenggam daun selom (siap dipotong)
- 1 biji bawang besar (dihiris halus)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 5 biji cili merah (saya suka pedas)
- 3 biji buah limau (ambil jusnya sahaja)

Bahan-bahan ditumbuk :

- 1 sudu kerisik
- 1 sudu belacan
- 1 inchi halia
- 1 batang serai (kalau kecil pakai 2 batang)
- Sediki udang kering
- Garam dan gula sedap rasa

Cara-cara :

1) Gaulkan bahan yang ditumbuk bersama sotong dan perut.
2) Campurkan dengan bahan-bahan yang selebihnya.
3) Akhir sekali baru letakkan perahan limau dan gaul sehingga rata. kalau kurang garam atau gula sila tambahkan.
4) Ambil pinggan dan hidangkan :)



(hambek ni tak ada lagi besar ke gambar ni) Hehehe
Siap dah kerabu perut sotong daun selom air tangan nurul jannah
Selamat mencuba ^_^