Saturday, February 2, 2013

Si Rabun

Assalamualaikum..

Aku seorang yang rabun. yaa rabun jauh.. baru-baru ni aku baru buat cermin mata baru sebab power meningkat jadi 450. Tinggi bukan? Agak memeranjatkan diri aku jugak sebab dua tahun lepas baru buat cermin mata.. so baru pakai tak sampai dua tahun power dah naik 450. terpaksa buat sebab silau pun dah ada. bila drive malam mula laa tak nampak.. tskk tskk tskk.. sedihnyaaa...

Orang cakap rabun sebab tak makan sayur.. seriously family aku semua suka sayur tapi kakak2 dan abg aku termasuk aku semua rabun. adakah benda ini punca dari keturunan? Nooooo.. mak abah aku tak rabun kot.. mak aku jelaa sbb rabun dekat.

Teringat lagi masa aku sekolah rendah tgk kakak dan abg aku pakai cermin mata macam cantik je. so teringin laa nak pakai.. Jadi aku start tahu mata aku rabun bila masuk sekolah menengah. aku rasa kabur bila pandang blackboard. Tiap kali nak salin kat buku, aku akan tgk kawan sebelah punya.. sedihnyaaakan? tapi masa tu tak sedar lagi yang aku ni rabun. sampai laa aku form 3 bila borak dgn kakak aku, aku pakai cermin mata dia tetiba dunia ini rasa indah sangat. kakak aku pun cakap laa yang aku ni rabun. mak dan abah pun bawak pergi check mata dan terus power aku 200. haaa.. mmg padan laa kau tak nampak blackboard tu.

Start pada tu mula-mula je suka pakai cermin mata.. lepas tu aku rasa rimas sangat laa pakai specs ni.. argghhhh!!! nak elok kan balik.. :( Tapi ianya tidak menjadi kenyataan.. malah semenjak aku masuk ke Politeknik, rabun aku makin meningkat kepada 300.. dan terus meningkat sebanyak 450..

Apa yang harus dilakukan??

Aku ada laa terbaca pasal rabun ni.. nak cakap pasal retina bagai mmg laa aku bukan pakar mata. Tapi mengikut sumber menyatakan ia berpunca dari kita yang sering melihat benda atau objek terlalu dekat. Kerana mata kita hanya boleh melihat kepada objek dengan jarak jauh.. maksudnya bukan langsung tak boleh lihat objek dekat. tapi setiap 20minit mcm tu kita perlu lihat pula objek yang jauh.. Ini kerana, apabila mata melihat objek dekat dengan begitu lama ia akan memberi tekanan pada mata. Justeru itu ia menyebabkan mata anda tidak kembali kepada asal. oleh itu, anda tidak dapat lagi melihat objek2 yang jauh.. antara puncanya mukin membaca dengan terlalu lama, menonton tv dalam jarak yang dekat. dan melihat laptop atau komputer dengan terlalu lama..

Okay jannah! lepas ni tgk laptop kena 20minit sahaja, lepas tu tgk benda2 hijau atau benda yang jarak jauh. Menonton tv pun sama.. jangan dok ternganga depan tv mcm nak dimakan tv nya tu..

Haaa.. itu jelaa yg nak di share.. :)



Book worm laa sangat.. -_-