Assalamualaikum..
Cuaca dingin petang ni sbb hujan. Alhamdulilah Allah turunkan hujan. tapi hari ni nk share sikit pasal kelebihan ayat 1000 Dinar. sebelum tu mari kita baca serba sedikit mengenai sejarahnya.
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki
yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk
bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang
sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah
benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang
diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu
Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3
surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut
ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut
iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat
dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada
Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul
ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut.
Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai
sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun.
Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar
dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu
mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru,
berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan
membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di
negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya,
sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000
dinar.
Terjemahannya :
"Sesiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya
Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari
jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada
Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" . (Surah At-Talaq 2-3 )
Barang siapa yang mengamalkan ayat seribu Dinar ini. In shaa Allah Allah akan:
1) Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak
disangka-sangka.
2) Mendapat jalan keluar dari segala
masalah dan kesulitan.
3) Mendapat perlindungan dari segala
musibah dan bala bencana peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4) Jika berperang Insya’Allah tidak akan
cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5) Allah akan menunaikan segala hajat dan
memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Rajin-rajin la amalkan ayat ni kerana tidak rugi kita mengamalkan surah-surah yang datangnya dari Al-quran dan kita letakkan kebergantungan diri kita kepada Allah s.w.t kerana Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. untuk diri penulis juga selamat beramal.. :)