"Result dah keluar, result aku semua ok. Alhamdulilah dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan) tapi sikit je. kau dh blh check dah. kalau aku boleh kau mesti boleh.
Mesej yang aku terima dari Najihah, sahabat merangkap housemate dan classmate selama 3 tahun aku belajar di POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH itu telah buat aku berasa teruja.
"aku tak check lagi, internet buat hal laaa. sebaik ada bb."
"Kau check laa, jothi dapat 3.74 sem 6 ni. CGPA dia 3.75"
"Waaahhhh.. jothi mmg hebat"
Aku sudah agak kedua-dua sahabat aku ni akan dapat keputusan yang hebat. Jothi sahabar indian aku. setiap semester keputusan dia 3.50 ke atas. tak disangka lagi konvo nanti dia boleh pakai pingat. Aku mula menekan punat-punat di blackberry aku untuk membuka portal PSAS2U.
"Ahhhh.. kenapa asyik tak lepas je ni, hmmm, result keluarkan mmg macam ni laa.."
Aku terus berusaha menembusi masuk ke akaun psas2u sambil tertanya-tanya berapakah keputusan aku? Jothi yang hebat dapat 3.74 aku mesti bawah dia. ntah ntah 3.50 sahaja. "itu laa kau jannah! semester 6 ni kau banyak tak fokus, lagi-lagi Audit."
Aku mula berasa jantung berdegup dengan begitu kencang sambil disulami rasa bahawa aku akan gagal kerana leka dengan sifat kemalasan aku. masih segar diingatan lagi seminggu sebelum minggu peperiksaan bermula.
"Ahhh.. malasnyaaaa nak baca Audit. dah la membaca, ayat semua ayat Law" bentak hati aku untuk tidak mahu membaca Audit. "alaaa.. Audit last paper, sebelum last paper tu ada rehat 1 hari tak ada paper. haaa.. masa tu la nanti aku baca semua bab ni." Aku terus terbuai dengan hasutan syaitan yang sering melalaikan aku.
"Jannah, ajar aku audit." Bayah meminta aku untuk mengajarnya. masakan aku boleh mengajarnya, aku sendiri baru nak membaca dan memahaminya.
"Bab apa tu? aku baru study bab 2, 3 sikit je dan 8. yang lain aku tak prepare lagi." aku jawap dengan tenang meskipun hati ni rasa begitu gementar kerana aku perlu membaca dan menghafal 8 bab dalam masa tak sampai 24jam.
"Ahh.. dah 6 bab aku baca, itu pun bukan ingat semuanya, macam mana lagi 2 bab? tak payah laa baca, minta-minta tak keluar. Kalau keluar kau goreng je la Jannah." itu la ayat yang selalu aku guna, mudah ambil jalan singkat.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. "YaAllah, aku tertidur awal dan baru sekarang nak bangun?" Aku bergegas membaca apa yang patut kerana peperiksaan bermula pukul 8 pagi.
Dengan lafaz bismillah, surah al-fatihah, ayatul kursi, serta zikir yang diamalkan oleh Nabi Yunus ketika berada didalam perut ikan aku mula menjawap kertas peperiksaan Audit dan penyiasatan.
"HAAAA!!!! bab 7 keluar? macam mana kau nak jawap? kau tak baca langsung bab tu? dah la keputusan penilaian berterusan tak keluar. macam mana kau dah buat anggaran? tak apa. tak apa, kau boleh buat, goreng je asal logik." bisik hati aku yang mula sedih.
Sudah menjadi lumrah hidup aku, selesai menjawap kertas aku akan membuat pengiraan berapa markah yang akan aku dapat secara rawak. tapi kali ini harapan aku begitu hancur kerana buat pertama kali kau tak boleh menjawap di peperiksaan akhir.
"Ya Allah, kenapa tak masuk-masuk lagi ni. hishh, susah betul nak tgk result ! apa? aku gagal ke? ishhh,, Audit laa ni, risau betul aku." Aku terus tertanya-tanya dalam hati mengenai keputusan aku. Semenjang habis jawap kertas Audit hati aku terus tidak tenang. hanya Doa dan bertawakal sahaja yang mampu.
Tangan mula rasa lenguh, mata mula ngantuk, jam telah menunjukkan pukul 3 pagi tapi aku masih tak dapat melihat keputusan aku. Jari cekap menaip dan terus menekan punat pada telefon akhirnya dapat menembusi masuk ke akaun psas2u ku. aku melihat kepetusan aku kesemuanya A kecuali audit.
"English A, Entrepreneurship A, Business Finance A, Financial Account 4 A, Malaysian Taxation 2 A, Audit and Investigation A-. Audit A-??? Audit A-??" aku terkejut besar kerana aku masih mampu mendapat A-. "Kalau la aku tahu, aku study betul-betul boleh terus semua straight A" aku bentak dalam hati aku tanda kecewa.
Syukur Alhamdulilah, CGPA aku 3.68 dan In Shaa ALLAH dapat AKJ untuk konvo. memang itu yang aku hajati semenjak kecewa dengan keputusan semester 1. dan semenjak itu, aku tak pernah hampakan diri aku dan syukur aku kekal 3.5 ke atas dan ini la keputusan akhir aku.
Ternyata keesokan paginya ma, abah, kakak, abg semua happy dengan keputusan semester 6 aku yang lebih baik dari keputusan semester lepas. aku memanjatkan kesyukuran kerana mendapat berita gembira ini. Alhamdulilah kerana ini semua berkat tenaga Pengajar. En Azmi, En Fazli, Pn Hasnah, Pn Asliza, Pn Afifah dan semua pensyarah Akaun yang tak putus-putus mencurahkan ilmu. kepada kawan-kawan yang membantu aku, belajar bersama-sama, kepada ma and abah serta semua ahli keluarga kerana mendoakan aku dan memberi dorongan serta mendengar semua masalah aku dari mula belajar sampai 3 tahun ni.
Tahniah buat kawan-kawan yang berjaya dapat AKJ. konvo nanti kita pakai pingat sama-sama In Shaa Allah. kepada yang kurang berjaya tak apa anda telah berjaya berusaha. :)