Monday, December 31, 2012

Salam Rindu

Entry ni untuk semua ex-class 5 science 2 '08 & DAT A '10


Baju kenangan kelas 5 science 2 tahun 2008 ( baju ni dh hilang)
*sorry linda i took this pic from your fb :p



Ini budak-budak laki ex-class. semua dh besar panjang. dah habis diploma dh ada kerjaya. tinggal nk kahwin je.. heeee..

Masa ni azman ada buat majlis kecil-kecilan. tp ramai yg tak dapat dtg.. hmmm.. one day kena plan lagi bg semua ada..


Dengan lin je laa rapat yg lain semua.. hmmmm.. :(


HAHA.. x blh tgk pic ni.. lagi rinduuuuuuuu...


Dinner akhir yg sgt best n sedih sbb nk berpisah :(


Okay semua comel :p


with hot momma.. :D

Rindu sangat time belajar dulu.
Lagi-lagi time diploma.. rindu housemate yg selalu buat kje sama-sama.
sekarang layan adam hawa pun sorg2 je. :( 
Apapun, jannah doakan kesemua kwn-kwn jannah berjaya dunia akhirat. Aminn.. :)

Homemade Ice Cream Strawberry Oreo

Assalamualaikum..

Dah nak masuk tahun 2013 dh ni.. mcm mana azam 2012 tercapai tak.. Alhamdulilah azam saya tercapai.. yeayyy ^_^ tapi ada lagi 1 azam yang asyik tak tercapai lagi iaitu saya nk berat saya mencecah 55kg. tp lagi 3kg nk sampai asyik tak blh je,, eii.. geram. hihi.. tp azam tu x penting sgt pun. azam no 1 tu yg paling penting.. :)

Lagi beberapa jam je akan masuk tahun baru. ada yg keluar sambut dgn kwn2, family. ada juga yg duduk rumah dgn family mcm saya ni. ada yg bekerja.. Bekerja??? oh sgt tak owsum laa.. hehehe..

sambil-sambil dok dgn family tu blh laa menikmati dessert yg saya nk share ni.. eceehh.. lately ni blog saya asyik nk share pasal resepi je ni.. ini merupakan azam baru ni.. ehh?? azam ke? bkn hobi ea. (dh knp jannah merepek panjang lebar ni) jom tgk resepi.

Bahan-bahan:

3 cwn susu dutch lady perisa strawberry
3 cwn nescafe coffee creamer
1/4 cwn jem strawberry
5 keping oreo (selebihnya blh di buat hiasan)
(jannah pakai jem strawberry, tp pakai buah strawberry lagi best)

Cara-cara:

1. kesemua bahan-bahan di blend sehingga betul-betul smooth.
2. masukkan ke dlm peti sejuk selama 3-4 jam.
3. keluarkan dari peti sejuk dan blend semula.
4. masukkan ke dlm peti sejuk semula sehingga ia betul-betul sejuk beku.

Reference : MyResepi

p/s: sukatan tu ikut suka anda laa ea. kalau tak jadi boleh try lagi. never give up k.


Taaadaaaaaaaaaa.... haaa.. itu laa hasilnya

tapi apa motip gambar aku ada sekali ea. nk promote lettew.. heee.. :p

Semogaa..
Selamat tahun baru.
Selamat menunaikan azam.
Selamat Dunia Akhirat itu penting..

Note: Nasihat akak jannah utk adk adk yg akak kasihi terutama perempuan. jaga diri anda, jaga mahkota anda, jaga maruah anda dan maruah keluarga anda. Enjoy dgn kwn2 enjoy juga tp jaga batas. 

Sincerely,
Akak jannah yg cute..

Hikhikhik.. gedik sgt sgt.. ^_^

ada lagi pesanan kat bawah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Assalamualaikum.. :)

Tuesday, December 25, 2012

Air Buah Cocktail yg so yummy..

Assalamualaikum reader.

Bestkan hari ni cuti sempena hari krismas. Kebetulan pulak hari ni jgk birthday brother-in-law, so buat la masak sikit untuk celebrate dgn birthday adiba yg comel.

Apa lagi, saya pun nk tunjuk bakat laa kan sbb kalau time berkumpul mcm ni, kalau masak masak ada yg nak mkn. tp kali ni tak nk masak pun just nk buat air. Haaa.. air apa? tu tajuk dah nyata dan jelas serta terang benerang.. panjang lebar pulak nk cerita kat cni.. jom tengok resepi.

Cara buat Cocktail ni senang je ^_^

Bahan-bahan:

- 2 tin susu cair
- 1 tin buah-buahan cocktail
- 1 tin laici
- 1 peket Mix fruit jelly
- 500ml air soda berkarbonat
- 2 sudu susu pekat manis
- ketulan ais
(buah-buahan tu optional. blh pakai strawberry, kiwi or peach)

Cara-cara:

1) Campurkan je kesemua bahan.. Siap dah ^_^



Lagi sedap kalau letak buah-buahan or jelly banyak-banyak


Kalau dah dapat minum ni. rasa asyik nk minum je.





Buat ni senang je tp sedap sangat. eceh. nk puji diri buat sedap lettew.. :p

Selamat mencuba

Monday, December 24, 2012

Awak Sweet Bila Smile

Assalamualaikum. *sambil senyum pejam mata ^___^

Masa kita baby lagi kita dh pandai senyumkan? Hebatnya ciptaan Allah swt. Allah is Power taw!!

Walaupun kita susah ht kita senyum je n ikhlas kan hati. bila kita dah ikhlaskan hati kita hati kita akan tenang.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud : Jangan kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis - Hadis Riwayat Muslim.

:) okay nk senyum lagi.. hehe.. bila kita senyum dgn serta merta org lain pun akan senyum kt kita balik and jadi ramah. ukhuah sesama saudara terjalin dgn baik.. hanya dgn senyuman sahajakan?



which one yg lagi comel. senyum tunjuk gigi or senyum tak tunjuk gigi..?

Sunday, December 23, 2012

Perihal Ibu


Assalamualaikum..

Itu ibu aku.. cantik tak? die mmg cantik walau korg nampak dia dh tua. kat aku dia cantik.

masa kita kecik2 dulu, first word yg kita pandai ckp mesti mama. sbb mamamamamamama je time kecik2. tak taw la kalau org lain. sepanjang aku tgk ank2 buah aku first word dorg mesti mama..

Pada aku, masa aku sekolah rendah dulu aku rapat ngn ayah aku. dgn mak kurang sikit sbb time kecik2 dulu ada je mak x bg main. itu x bg nnt kotor. ini x bg nnt jatuh or so whatever. tapi bila dah besar and remaja ni makin rapat dgn ma. sbb sume benda nk share together. like what im wearing, friends, school, lecture and boypreengg.. hahaha..

Tapi ada satu je sifat ma yg aku nk share skg ni. Ma ni dia mcm suka treat ank dia (especially aku ni) mcm bdk2. meaning that ada je yg dia akan buat untuk aku n guide aku. Sampai nk kemas umah yg dh sememangnya routine aku pun dia akan ckp. "susun baju mcm ni taw" "kalau basuh baju asingkan dulu" "kalau nk sapu umah, bersihkan dulu atas meja" Walaupun ayat tu digunakan sewaktu aku mula2 nk belajar kemas rumah.. ya mcm time aku umur 12 tahun la cenggitu dia still akan remind aku. 

Kadang2 dia akan ckp, jgn lupa pagi2 mkn madu kasi hilang selsema, jgn lupa mkn minyak ikan yg mak bg, adik kalau nk mkn masak jela yg mcm mak ajar tu. ala simple2 je tu. hahaha.. sometime it was funny but sometime its like grrrrr.. maaaaa.. adik tahu la maa.. dah byk kali mak ckp, adik dh 21 tahun laa maa.. hahaha.. then ma akan ckp "ohhh yeke? ialah ma lupa adk dh 21 tahun.."

See !!! how much caring my mom sampai dia lupa ank dia dh besar. Itu la mak kan? kadang2 dalam dia     khusyuk membesarkan anak dia tak sedar yg anak dia dh besar. sweet la ma ni.. hahahaha.. but seriously bukan benci kat ma tp kalau treat mcm ni je adk tak akan belajar dri kesilapan dan akan nk bergantung dgn ma je. :(

So start aku ckp aku dh 21 tahun tu sekejap je dia ingat aku dh 21 tahun. after that dia dh lupa balik.. hahahaha.... she keep nagging me and remind me.. yela sbb dia tahu anak dia yg kecik ni cpt pelupa.. hehehe..

Dear ibu,

I just want you to know that you are the best gift I have receive from Allah. without you i am nothing but be with you make me be something. I love you and I really really do. Its come from bottom of my heart and no doubt you are my inspiration and role model. When im sad, sick, happy, down and rise you always be with me.. :) I LOVE YOU MOM. I pray to Allah swt to give you a JANNAH. Amin.

Sincerely,
Your youngest daughter and the cute one. :P



Thursday, December 20, 2012

For You

You,
I just want you to know that I want to be your wife. a good wife :)

You,
I just want you to know that I want cook for you when you came home. because I'm good in cook. :p

You,
I just want you to know that I will give you a lot of child. I will teach them and be a good mother.

You,
I just want you to know that I will do everything for you as long as you said you love me every night and prove it everyday and the most important thing is you help me and our child to get in JANNAH.

You,
I just want you to know that I am not jealous when my friend telling me about their love story because I know Allah swt has planning something special for us.










Allah jauhkan jarak kita sebab Allah tak nak kita terhanyut dengan hasutan syaitan bila kita sentiasa jumpa.

Allah telah membuatkan jadual kita sibuk sehingga kita tak ada masa nak feeling feeling rindu.

Cinta itu indah, indah sangat apabila kita dah kahwin nanti. Manusia yang mencemarkan erti cinta tu.







Awak, it sounds funny bila seorang yang slumber and sempoi trying to give me a romantic words. Tapi saya tahu awak seorang yg penyayang. :D

Awak, hanya kita dan Allah sahaja yg tahu perjalanan kisah kita. Saya tak kisah apa kawan saya nk ckp pasal kita sbb hanya hati kita sahaja yg tahu betapa kuat cinta kita. saya tahu awak tak pernah takut kalau awak tinggalkan saya, sbb walau kita jauh hati kita tetap dekat dan saya tahu kalau mmg bukan jodoh kita untuk bersama awak akan bahagia bila tgk saya bahagia. :) Saya juga nk awak tahu yang saya pun bahagia kalau tgk awak bahagia.

p/s: Awak percaya la masa yang kita nak akan datang pada masa yang tepat. Apa yang kita impikan akan datang juga. Tapi awak juga kena percaya walau sehebat mana kita merancang, Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita :)


Monday, December 17, 2012

Kerabu Perut Sotong Daun Selom

Assalamualaikum..
Haa...Amek kau panjang betul nama resepi aku ni "Kerabu perut sotong daun selom"


Hehehe..Maksud dia perut campur sotong laa.. memandangkan kat umah tinggal sotong sikit, perut sikit maka aku buat la kerabu perut dan sotong bersama daun selom.. tahu daun selom tu apa? 


Ini laa dia daun selom haa yang mak dah koba kat ekau.. :p




Anyonyo.. omnomnom..comelnya diba sayang.. :) Buat kerabu ni senang je plus kat umah semua bahan dah ada, daun selom tu tak payah beli ada kat depan umah ni jee.. mak abah aku mmg suka bercucuk tanam sbb tu dorg suka halaman umah besar. tapi anak-anak dia errr.... hehehehe.. Dulu ingat lagi kalau mak suruh sapu halaman umah dgn kakak aku, masing-masing merungut nak sapu sikit je sbb halaman besar sgt bnyak laa songeh dia kan? hahaha..




Abah pun dah jarang beli cili sbb cili kat belakang umah yg dia tanam tu dah tinggi macam aku dh.. haaa gila kau boleh buat jual sampai kadang-kadang bg je kt jiran. cakap je nak apa? daun kesum, bunga kantan, pokok pisang, daun pandan, cili, ulam-ulam, daun kari, pokok limau. tapi semua yang common jela. standard tanam kat umah. kalau nak kobis, sawi sume tu tak hado laa kan.. hehehe

Bahan-bahan dipotong :

- Perut yang telah direbus (siap dipotong)
- Sotong yang telah di rebus (siap dipotong)
- Segenggam daun selom (siap dipotong)
- 1 biji bawang besar (dihiris halus)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 5 biji cili merah (saya suka pedas)
- 3 biji buah limau (ambil jusnya sahaja)

Bahan-bahan ditumbuk :

- 1 sudu kerisik
- 1 sudu belacan
- 1 inchi halia
- 1 batang serai (kalau kecil pakai 2 batang)
- Sediki udang kering
- Garam dan gula sedap rasa

Cara-cara :

1) Gaulkan bahan yang ditumbuk bersama sotong dan perut.
2) Campurkan dengan bahan-bahan yang selebihnya.
3) Akhir sekali baru letakkan perahan limau dan gaul sehingga rata. kalau kurang garam atau gula sila tambahkan.
4) Ambil pinggan dan hidangkan :)



(hambek ni tak ada lagi besar ke gambar ni) Hehehe
Siap dah kerabu perut sotong daun selom air tangan nurul jannah
Selamat mencuba ^_^

Friday, December 14, 2012

Muhasabah

Assalamualaikum..

"MUHASABAH" rasanya itu jela tajuk yang paling tepat dan sesuai. Saya tahu saya sedang diuji oleh Allah swt. Mana-mana manusia dimuka bumi ini semua sedang diuji kerana kehidupan di dunia adalah ujian dan akhirat adalah balasan. :) 

Terkadang saya terlalu emosi dalam menghadapi ujian-ujian Allah. Padahal ujian kita manusia biasa ini apa la sangat nk dibandingkan ujian Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat Nabi dan ahli keluarga beliau yang memperjuangkan agama islam. Saya akui kadang-kadang saya merungut, sedih, kecewa, berputus asa untuk menjalani kehidupan kerana dunia ini seperti penjara bagi umat islam. tapi ingin diingatkan jauhi la diri kita dari 7 emosi ini :

  1. SUKA TAKUT - Kita sering rasa takut ditimpa kemiskinan di dunia, takut jatuh miskin, takut sakit, takut rezeki tak datang. Jangan takut kepada semua itu. Tapi takut la kita kepada Allah s.w.t dan takut la kita sekiranya kita miskin di akhirat.
  2. DENGKI - Berasa dengki sesama saudara, dengki dengan kelebihan orang lain, dengki dengan rezeki yang Allah beri kepada org lain. Allah itu Maha Mengetahui. Dia akan beri yang terbaik untuk kita. sentiasala berperasangka baik sekiranya rezeki kita belum sampai dan teruskan berusaha.
  3. SUKA BENCI - "Saya benci laa mcm ni" "Eiii !! menyampahnya" saya benci dia buat mcm tu saya benci dia buat mcm ni. ada sahaja perasaan benci. kenapa perlu membenci? Seorang yang baik akan mengingati 2 perkara. (1. Kebaikan yng orang beri kepadanya. 2. Kejahatan yg telah dia buat kepada org lain) dan akan melupakan 2 perkara (1. Kebaikan yang telah diberi. 2. Kejahatan yang telah org lakukan kepadanya.)
  4. DENDAM - menyimpan perasaan dendam dalam hati. orang buat jahat kita yang nk balas jahat. Berpegang la kepada prinsip "Orang buat baik kita balas baik. Org buat jahat kita tetap balas dgn kebaikan"
  5. SUKA TAHYOL - "Aku SAKIT, keluarga aku HURU-HARA, mesti ada org hantar-hantar ni. ni mesti si pulan ni sbb dia jahat dgn aku" kalau kita terlalu percaya dan memikirkan tentang tahyol sahaja akan datang 2 perkara. (1. Fitnah dan prasangka buruk kepada org lain. 2. Tidak percaya akan kekuasaan Allah) Kalau kita sakit itu datang dari Allah.
  6. SUKA MARAH - Asyik-asyik ada rasa marah. perkara kecil pun jadi marah. jangan pupuk perasaan marah itu meski pun berasa marah kerana syaitan akan menambah-nambahkan lagi kemarahan. berzikir, ambil wudhuk dan solat sunat. In Sha ALLAH dijauhi rasa marah.
  7. TAMAK - Takut harta makin berkurang, takut ilmu berkurang tak nak bersedekah sbb rasa harta kita yang punya. kesemua di muka bumi ini adalah ALLAH yang punya. kita pinjam sahaja jadi kenapa takut untuk bersedekah meskipun 1 ringgit.

Bila kita buang kesemua emosi ini yang datang kepada kita hanyala rasa kasih sayang dan kesyukuran. In Sha ALLAH. Kita manusia biasa iman sentiasa menaik dan menurun, tidak pernah tertinggal dari melakukan dosa meskipun sedar atau tak sedar. tapi meminta la keampunan kepada Allah dengan segera. ALLAH itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. buruk mana, besar mana dosa kita, banyak kali macam mana pun Allah itu masih terima kita.




Berbalik kepada MUHASABAH. Apa itu MUHASABAH? bagaimana caranya?

Pada pandangan saya Muhasabah ini adalah mengingati perbuatan diri dan menilainya sendiri. Masa yang baik untuk bermuhasabah adalah 3-5 minit sebelum tidur. baring dan berfikir hari ini apa yang aku lakukan. Pagi bangun solat subuh ke tak? pukul berapa bangun? Apa yang mulut aku cakap seharian ni? mengumpat org ke? Si pulan ni ada sakit hati ke tak aku ckp macam ni? Aku dan minta maaf ke belum? Sentiasa ingat balik apa yang telah dilakukan dan perbetulkannya untuk hari esk. Sebelum tidur niat nak minta maaf kepada mak abah, kawan-kawan dan jiran jika buat salah dan tanamkan kata-kata positif untuk hari esok. sebab itu ada pepatah mengatakan "Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" Haa.. jangan tahu cakap je taw. :p Sebenarnya entry ini bukan sahaja untuk sekadar omong kosong tapi juga sebagai peringatan buat saya. kita terkadang leka dan lupa tapi sesama la kita mengingati.

Sebelum terlupa tiap-tiap hari doakan la buat saudara-saudara islam kita yg berada di Palestine, Syiria, Rohingya dan di seluruh muka bumi. Semoga anda hidup diberkati Allah dan di beri taufiq dan hidayah.



Assalamualaikum..^^

Tuesday, December 11, 2012

School Break




Memandangkan saya sekarang ni menganggur jadi bawa laa my angel pergi jalan-jalan. dorg pun tgh cuti sekolah. happy tgk dorg. :D



geram dengan adiba sebab dia suka senyum tunjuk gigi yang comel tu.





Time ni pergi taman wetland. tak ada apa pun kat sana tp bosankan so saja laa menikmai permandangan yang hijau.





Kisah "Fresh Graduate"

Jam menunjukkan sudah pukul 12.30 pagi. aku terjaga dari tidur kerana menerima mesej dari seorang sahabat.

"Result dah keluar, result aku semua ok. Alhamdulilah dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan) tapi sikit je. kau dh blh check dah. kalau aku boleh kau mesti boleh.

Mesej yang aku terima dari Najihah, sahabat merangkap housemate dan classmate selama 3 tahun aku belajar di POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH itu telah buat aku berasa teruja.

"aku tak check lagi, internet buat hal laaa. sebaik ada bb."

"Kau check laa, jothi dapat 3.74 sem 6 ni. CGPA dia 3.75"

"Waaahhhh.. jothi mmg hebat"

Aku sudah agak kedua-dua sahabat aku ni akan dapat keputusan yang hebat. Jothi sahabar indian aku. setiap semester keputusan dia 3.50 ke atas. tak disangka lagi konvo nanti dia boleh pakai pingat. Aku mula menekan punat-punat di blackberry aku untuk membuka portal PSAS2U. 

"Ahhhh.. kenapa asyik tak lepas je ni, hmmm, result keluarkan mmg macam ni laa.."

Aku terus berusaha menembusi masuk ke akaun psas2u sambil tertanya-tanya berapakah keputusan aku? Jothi yang hebat dapat 3.74 aku mesti bawah dia. ntah ntah 3.50 sahaja. "itu laa kau jannah! semester 6 ni kau banyak tak fokus, lagi-lagi Audit."

Aku mula berasa jantung berdegup dengan begitu kencang sambil disulami rasa bahawa aku akan gagal kerana leka dengan sifat kemalasan aku. masih segar diingatan lagi seminggu sebelum minggu peperiksaan bermula.

"Ahhh.. malasnyaaaa nak baca Audit. dah la membaca, ayat semua ayat Law" bentak hati aku untuk tidak mahu membaca Audit. "alaaa.. Audit last paper, sebelum last paper tu ada rehat 1 hari tak ada paper. haaa.. masa tu la nanti aku baca semua bab ni." Aku terus terbuai dengan hasutan syaitan yang sering melalaikan aku.

"Jannah, ajar aku audit." Bayah meminta aku untuk mengajarnya. masakan aku boleh mengajarnya, aku sendiri baru nak membaca dan memahaminya.

"Bab apa tu? aku baru study bab 2, 3 sikit je dan 8. yang lain aku tak prepare lagi." aku jawap dengan tenang meskipun hati ni rasa begitu gementar kerana aku perlu membaca dan menghafal 8 bab dalam masa tak sampai 24jam. 

"Ahh.. dah 6 bab aku baca, itu pun bukan ingat semuanya, macam mana lagi 2 bab? tak payah laa baca, minta-minta tak keluar. Kalau keluar kau goreng je la Jannah." itu la ayat yang selalu aku guna, mudah ambil jalan singkat.

 Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. "YaAllah, aku tertidur awal dan baru sekarang nak bangun?" Aku bergegas membaca apa yang patut kerana peperiksaan bermula pukul 8 pagi. 

Dengan lafaz bismillah, surah al-fatihah, ayatul kursi, serta zikir yang diamalkan oleh Nabi Yunus ketika berada didalam perut ikan aku mula menjawap kertas peperiksaan Audit dan penyiasatan. 

"HAAAA!!!! bab 7 keluar? macam mana kau nak jawap? kau tak baca langsung bab tu? dah la keputusan penilaian berterusan tak keluar. macam mana kau dah buat anggaran? tak apa. tak apa, kau boleh buat, goreng je asal logik." bisik hati aku yang mula sedih. 

Sudah menjadi lumrah hidup aku, selesai menjawap kertas aku akan membuat pengiraan berapa markah yang akan aku dapat secara rawak. tapi kali ini harapan aku begitu hancur kerana buat pertama kali kau tak boleh menjawap di peperiksaan akhir.

"Ya Allah, kenapa tak masuk-masuk lagi ni. hishh, susah betul nak tgk result ! apa? aku gagal ke? ishhh,, Audit laa ni, risau betul aku." Aku terus tertanya-tanya dalam hati mengenai keputusan aku. Semenjang habis jawap kertas Audit hati aku terus tidak tenang. hanya Doa dan bertawakal sahaja yang mampu.

Tangan mula rasa lenguh, mata mula ngantuk, jam telah menunjukkan pukul 3 pagi tapi aku masih tak dapat  melihat keputusan aku. Jari cekap menaip dan terus menekan punat pada telefon akhirnya dapat menembusi masuk ke akaun psas2u ku. aku melihat kepetusan aku kesemuanya A kecuali audit.

"English A, Entrepreneurship A, Business Finance A, Financial Account 4 A, Malaysian Taxation 2 A, Audit and Investigation A-. Audit A-??? Audit A-??" aku terkejut besar kerana aku masih mampu mendapat A-. "Kalau la aku tahu, aku study betul-betul boleh terus semua straight A" aku bentak dalam hati aku tanda kecewa.

Syukur Alhamdulilah, CGPA aku 3.68 dan In Shaa ALLAH dapat AKJ untuk konvo. memang itu yang aku hajati semenjak kecewa dengan keputusan semester 1. dan semenjak itu, aku tak pernah hampakan diri aku dan syukur aku kekal 3.5 ke atas dan ini la keputusan akhir aku.

Ternyata keesokan paginya ma, abah, kakak, abg semua happy dengan keputusan semester 6 aku yang lebih baik dari keputusan semester lepas. aku memanjatkan kesyukuran kerana mendapat berita gembira ini. Alhamdulilah kerana ini semua berkat tenaga Pengajar. En Azmi, En Fazli, Pn Hasnah, Pn Asliza, Pn Afifah dan semua pensyarah Akaun yang tak putus-putus mencurahkan ilmu. kepada kawan-kawan yang membantu aku, belajar bersama-sama, kepada ma and abah serta semua ahli keluarga kerana mendoakan aku dan memberi dorongan serta mendengar semua masalah aku dari mula belajar sampai 3 tahun ni.

Tahniah buat kawan-kawan yang berjaya dapat AKJ. konvo nanti kita pakai pingat sama-sama In Shaa Allah. kepada yang kurang berjaya tak apa anda telah berjaya berusaha. :)

Assalamualaikum...













Random (Part 1)

Assalamualaikum kepada semua pembaca.
 Hehehe. Ada pembaca ke kat blog saya ni? Alaaa kalau tak ada pembaca pun tak apa. blog ni khas untuk saya meluahkan buah fikiran, pengalaman dan jalan cerita hidup saya.  Kalau perhatikan blog saya ni saya tak cipta pun button untuk follow blog ini. Bukan apa, saya rasa segala isi blog ini hanya cerita mengenai kehidupan saya dan pengetahuan serta pengalaman. *macam budget artis pulak kan.. hehe.

Hari ni sudah masuk 2 minggu saya hidup sebagai penganggur. Habis je final exam mmg cadang ambil masa untuk stay dekat rumah tunggu sampai boring. Ingatkan boleh la sampai sebulan. Tup tup baru 2 minggu dah rasa boring. Hehehe. Saya mmg macam ni, cepat rasa boring bila duduk rumah tak buat aktiviti luar. Rutin hidup kemas rumah, main dgn anak buah, makan n tidur. Hmmm boringkan nak dgr cerita ni..?

By the way, hari tu ada la join mak cik pergi tgk show Primadona kat astro prima. Ingat boleh la bergambar dengan ramai artis. Sbb ada Erra Fazira, Rozita Che Wan, Ziela Jalil, Raja Azura, Sazzy Falak, Hanis Zalikha, Jaclyn Victor and a few more la. Tapi tgk shooting tu dapat tgk dorg je. Ambil gambar tak dapat pun. Hancur dan keciwa laa hati ni. Hehehe. Tak ada la kecewa sangat pun sebenarnya sbb dorg tu pun manusia biasa, they just popular in media jewww.. :p

Ohh ohhh.. habis la cerita pasal show yang boring tu. Ini just nk inform that sooner my result akan keluar. Ya Allah. Jantung ni terus laju kencang bila ckp pasal result. I am feeling so bad for this last semester because of I am too lazy. Yup saya akui “KADANG-KADANG” saya malas :p tapi untuk final semester ni makin menjadi-jadi pulak. Tapi dalam kelas still focus. Kalau tak focus nnt lagi tak paham.

Nak pendekkan cerita untuk subjek Audit saya mmg study last minute. 2 hari before exam audit baru study. How bad I am because audit is reading you know. Haihh tak tahu kenapa rasa malas nak hadap buku audit dan segala isi-isinya susah untuk dihadam di dalam otak. So bila dah last minute I just short cut la semuanya. Dari 8 bab saya baca 6 sahaja and I just read point yang pernah keluar exam. Yang tak pernah tu saya GORENG!! Hehehe.. bila final je dari 4 soalan 1 soalan keluar chapter yang saya tak study. WHAT!! Okay I’m dying here. Tapi redha jela sbb saya kan dah berusaha.. yaaa.. berusaha la sangatkan.

Untuk dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan) Politeknik call it AKJ. Kalau U panggil Dekan, naib canselor laa kan. So untuk dapat AKJ dalam CGPA (not CGP taw) saya perlu maintain result 3.5. kalau jatuh meaning that convo nanti tak dapat pingat. (haa.. padan muka main-main lagi kan!) L Jadi sekarang ni saya hanya mampu berdoa dan bertawakal je la. Hope saya dapat la deanlist sbb mmg itu harapan saya untuk beri kepada ma and abah.
Mama and abah please la doakan untuk anakmu. Saya tahu mama and abah mesti la doa untuk semua anak-anak dia. J
Jadi ini jela cerita hari ni. Hehehe.. keep smile walaupun hati tengah resah. Assalamualaikum.



senyum ke malu ? -,-

Tuesday, December 4, 2012

Ayat 1000 Dinar

Assalamualaikum..

Cuaca dingin petang ni sbb hujan. Alhamdulilah Allah turunkan hujan. tapi hari ni nk share sikit pasal kelebihan ayat 1000 Dinar. sebelum tu mari kita baca serba sedikit mengenai sejarahnya.


Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎





Terjemahannya : 
"Sesiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" . (Surah At-Talaq 2-3 )


Barang siapa yang mengamalkan ayat seribu Dinar ini. In shaa Allah Allah akan: 


‎1)  Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2)  Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3)  Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4)  Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5)  Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


Rajin-rajin la amalkan ayat ni kerana tidak rugi kita mengamalkan surah-surah yang datangnya dari Al-quran dan kita letakkan kebergantungan diri kita kepada Allah s.w.t kerana Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. untuk diri penulis juga selamat beramal.. :)