Sunday, December 8, 2013

AIR MATA KEHIDUPAN



Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia
merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan....

Saturday, September 28, 2013

Dark Chocolate & Me

Assalamualaikum..

Rindunya kat blog kita.. rindu nak menaip sesuka hati mengikut kata hati.. 

Tapi..

Sebenarnya hati ni tgh sedih.. tak tahu mcm mana nk rungkaikan isi hati ni. kadang2 malas nk dgr kata hati yang kadang2 diri sendiri pun sukar untuk memahaminya apatah lagi org lain..

Mmg lately ni kita dalam mood weak. rasa mcm stress, sedih, frust dan sama waktu dgnnya. depan org je kita senyum mcm happy. tapi bila fikir balik sampai bila nk sedih. sampai bila nk ada dalam mood mcm ni. so kita pun try sibukkan diri supaya tak fikir sgt pasal masalah. I just think "LIFE JUST FOR ALLAH"

Tak kira la berapa susahnya kita, betapa sedihnya kita. 

One day.. Hari kebahagian akan datang juga.

I just enjoy myself while Im still sihat wal'afiat. SYUKUR ALHAMDULILAH. masih punya kudrat utk membuat amal ibadah.



Bila sorg2 rasa sunyi je..


Jadi!! jom la kita cari altenatif untuk kembalikan mood semula... senyuman manis dalam bibir jangan tinggal. INGAT! aku cantik bila senyum. sbb tu aku kena senyum.. tak kira la diri sendiri sebenarnya cantik ke tak di pandangan org. janji you trust your self gituw.



Haaaa.. senyum laaa mcm ini ^_^

Another thing yg kita boleh buat adalah makan coklat. yeayyy!! (sebenarnya kita bukan suka coklat sgt pun)
betul. kita tak tipu.. kita bukan makan sgt coklat ni. tapi kit kat or kinderbueno or whats so ever people spell it. betul ke eja tu? janji ada tanda halal kita ngap la. hehe. tapi kita mkn juga sbb coklat ni boleh buat kita rasa happy.. argghh.. sweet nya awak coklat sbb boleh buat kita happy walau awak x buat apa2 pun.. LOL

Tahu tak coklat ni bagus. walaupun setengah org ckp makan coklat gemuk. nnt tumbuh jerawat or pape jela.. bukan semua coklat ada byk gula berlebihan.. contohnya dark chocolate yg mempunyai 70% kandungan koko belgium. ia bagus untuk kembalikan mood. rendahkan blood pressure dan utk otak.

meh kita share something untuk perkembangan minda..

1) Dark Chocolate baik untuk jantung

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda. Coklat gelap meningkkatkan aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku. Makan coklat gelap juga boleh mencegah arterioklerosis. tak tahu la apa tu arterioklerosis. tapi yg pasti ia bagus utk kesihatan. hehe

2) Good for our brain

Dark Chocolate dapat meningkatkan aliran darah ke otak serta jantung. ia juga membantu mengurangkan risiko strok. kalau nak tahu. coklat ni mengandungi (PEA) haaa.. PEA ni menggalakkan otak untuk merembiskan hormon endorfin, jadi makan coklat ni akan buat kita rasa gembira.. waaahhh.. baca ni pun aku dh rasa gembira.

3) Control our Blood Sugar

Coklat gelap ni menjaga saluran darah kita agar ia sihat dan peredaran dara yg lancar. Dalam coklat ada flavonoid yg dapat mengurangkan rintangan insulin dgn membantu sel sel kita berfungsi secara normal.

4) Antioksidan

Pastinya wanita suka untuk dengar "antioksidan" ni. antioksidan ni membantu badan kita daripada radikal bebas. radikal bebas ni akan menyebabkan kerosakan sel, proses penuaan dan boleh menyebabkan kanser. Jadi kalau kita makan coklat gelap ni dia dapat lindungi kita dari pelbagai jenis kanser dan tanda-tanda penuaan. waaahhh.. :D

5) Theobromine

fungsi theo ni. haa.. panjang sgt namanya. dia dapat mengeraskan enamel gigi. dan membantu untuk menindas batuk. jannah pernah terbaca seorang doktor sedang mengkaji untuk menghasilkan ubat batuk dari Theobromine ni. sbb dia bukan seperti ubat batuk lain dimana jika makan berlebihan akan memudaratkan badan.

6) Vitamin dan mineral yang tinggi
Antara vitamin dan mineral yg ada ialah :
- Potassium
- Copper
- Magnesium
- Iron
 Potassium dan Copper dapat membantu mencegah stok. Iron melindungi terhadap anemia kekurangan zat besi. Magnesium dapat mencegah diabetes, tekanan darah tinggi dan heart attack.


Coklat ni tak cukup 70% tapi almost la kan. so ngap jela.. :)

So, itu la serba sedikit info untuk you all semua.

BTW, kita tgh ajar mak kita untuk makan coklat gelap. sebab blood pressure dia tinggi sgt. hmmm.. Pray for her ok. Sayang maaaaakk sangat! :')




Have a blessed day dunia akhirat uolls ^___^v


Thursday, September 19, 2013

Kata-kata Indah : Motivasi Diri

Assalamualaikum..

Di sini saya nk memberi sedikit perkongsian. dari sumber yang dipetik oleh ustaz Zahazan

1) Solat bukanlah 'tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah. tapi ia adalah 'stereng' yg menunjukkan jalan benar.

2) Maka, kenapa cermin hadapan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka pandanglah kehadapan dan majulah.

3)Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tetapi bertahun-tahun untuk ditulis

4) Semua perkara dalam dunia ini adalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik nikmatilah, ia tak akan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jgn sedih, ia juga tidak kekal lama.

5) Kawan-kawan lama adalah emas, kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian. Jgn lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukkan tapak emas.

6) acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat.

7) Apabila Allah menyelesaikan masallah anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah tidak menyelesaikan masalah anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8) Seorang yg buta tertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yg lebih teruk daripada kehilangan penglihatan?" Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda!"

9) Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengarkpd anda dan merahmati mereka. Kadangkala apabila anda selamat dan bahagia ingatlah bahawa sesorg telah mendoakan anda.

10) Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ni.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorg


 
 

Sunday, September 8, 2013

Yeaaayyy or Neeyyyy

Assalamualaikum..


Last week kakak sepupu jannah dah kahwin.. Alhamdulilah.. Actually. ramai sepupu sepupu jannah dah kahwin waktu muda2. best kan??




jannah. adik sepupu and kakak sepupu

Kakak sepupu jannah kat atas tu kahwin muda.. kahwin umur 20 tahun tak silap. Alhamdulilah.. bahagi je kita tgk haa.. tgk tu?? makin bambam sbb happy sgt kan..

Adik sepupu jannah tu bawah jannah 1 tahun je. tgh ambil degree pharmacy. bagus bagus.. muda2 ni mmg patut belajar..











So jannah bila lagi? Ngeee :p

InshaAllah akan datang..

Actually, jannah x tahu pun bila nk kahwin. tapi itu kan soal jodoh.. kita tak tahu bila.. so bila org tanya jannah bila? jannah just ckp insha Allah akan datang.. 

Minggu akan datang ni.. kawan sekolah jannah yg now study kat UK akan nikah.. see?? sebaya dgn jannah n masih study. still boleh bernikah.. 

Persoalannya bagus ke kahwin muda ni?

jawapannya. kalau dh rasa nk kahwin n dah ada pasangan mmg patut pun. point dia satu je. untuk mengelakkan maksiat.. itu sahaja sudah cukup ok..

bercinta lama2 pun x best.. semua terbatas.. nnt dh kahwin boring. hehee..

memandai je aku ni ckp lelebih taw... 

bye..


Friday, August 30, 2013

Jodohku Rahsia Allah..

Assalamualaikum...

Jika ALLAH SWT tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, kita tetap tidak akan bersama denganya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. 


Maka, cintailah orang yg sewajarnya. kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti. Kadang yg engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untul ALLAH. :)




Saat HATI berkata INGIN, namun ALLAH bekata TUNGGU.
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata TERSENYUMLAH
Saat segalanya terasa MEMBOSANKAN, namun ALLAH berkata TERUSLAH MELANGKAH

Kita merancang, ALLAH juga turut merancang tetapi perancangan ALLAH lebih baik :)

Jodoh itu kan RAHSIA ALLAH. Sweet kan? ALLAH itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita =D dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti, siapa jodoh kita. 


TAPI!


Sebelum tiba masanya, selagi itulah DIA akan rahsiakan daripada kita. Alah buat mcm tu bkn sia-sia. Tidak ada sia-sia dlm perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yg disediakan ALLAH untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa


Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda MENCARI si soleh, tetapi BERUSAHALAH menjadi SOLEHAH.

Jika ingin yang SOLEHAH, jangan CEREWET mencari solehah, tetapi BERUSAHALAH menjadi yg SOLEH.

Bertemu yg solehah. solehah dia blm tentu kekal. Bertemu yg soleh, solehnya boleh berubah. kerana si SOLEH dan SOLEHAH adalah insan biasa.

Sama-sama perbaiki diri! ^_^

DIA MENGETAHUI, SEDANGKAN KITA TIDAK MENGETAHUI BUKAN? (2:216)






"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."

(HR. Al-Hakim)

Saturday, August 24, 2013

Aktiviti Di Tempat Kerja

Assalamualaikum..

Salam Sabtu.

Seronokkan dapat cuti hari sabtu. minggu ni saya kena kerja hari sabtu. :') boring juga la sbb tak ada kerja sangat.

Jadi...

Saya nk bagi tips yg harus awak lakukan bila bosan di tempat kerja.

1) PASANG RADIO HOT F.M (kemain promote)

Pasang lagu dan nyanyi kuat kuat.. buat office tu macam bilik karaoke

2) MAKAN!!!

Pesan kat guard tolong belikan pisang goreng koropok lekor etc etc. lepas tu tak payah bg duit. minta dia belanja :p buruknya perangai.

3) AMBIL GAMBAR SESORANG

Kalau perempuan mmg pesen mcm ni kengkadang

4) BACA BLOG

baca la blog si Patin Liana ke, Maghia Elena ke, Hamis Jalika ke, Si Datin ke etc etc.

5) UPDATE BLOG SENDIRI

dah bosan baca blog org lain. update blog sendiri lepas tu baca sendiri..

:D

bye

entry ni sesuka je.



Ye boring -__-


p/s: Apa pun yg org sekeliling kita lakukan. yg baik diambil. yg kurang baik kita simpan esok kita mengumpat.. ehh.. bukan bukan.. yg kurang baik kita simpan utk pengajaran. jangan banyakkan gossip. 

Bye lagi..



Thursday, August 22, 2013

PAV.LO.VA

Assalamualaikum...

Hmm..

Mana nk start ni.. dah lama tak buka blog ni. nak BERblog pun dah tak tahu..haihhh.. mcm la sebelum ni tahu sgt. OKAY! mmg diakui saya mmg failed bab penulisan. otak saya tak cukup kreatif untuk buat org tertarik dgn jalan cerita saya. hehe..

Rasanya dah berbulan-bulan tak update entry baru. life boring nk cerita pasal apa la kan. Routine setiap hari benda yg sama saja.


Bangun tidur
-
-
-
Pergi kerja
-
-
-
Balik Kerja
-
-
-
Online
-
-
-
Tidur

Bezanya cuma hari ni makan makanan lain. pakai baju lain. borak cerita lain.. heh.. boringkan. tapi ni la life org bujang bekerja. cuba dah kahwin and ada anak. seronok la sikit. kalau anak buah saya ada kat rumah mmg best je. hilang stress bila tgk budak kecik. ehh.. melalut sampai hal anak kahwin semua ni knp pula.


Okay..

Di sini, Hari ini, Di blog ini saya nk kongsi resepi pavlova.. alaa.. mesti la dah tahu kan apa tu pavlova. dah byk pun kat blog blog lain cerita pasal pavlova ni.

Tapi saya nk cerita juga pasal pavlova ni. Pavlova ni diperbuat dari putih telur dan gula. tapi saya suka rasa yg kurang manis. tak suka manis-manis sangat. Sebenarnya senang je buat pavlova ni. tapi ntah knp masa first time saya buat mcm tak menjadi.. kesian kesian kesian.. sobss.

Tapi,

Now dah pro okay. siap boleh ajar org lain lg taw.. :p

Rasanya tadi mcm rajin sangat nk share resepi dia. tapi dh menaip ni jadi malas pulak. hehehe.. 



Naahh!! ni gambar PAVLOVA kita. tak menarik pun. tapi rasa dia omnomnomnom ommm menarik sgt.

:p




^__^



Ni pulak gambar budak budak high blood sugar.. weeeee..


Bye :')



Sunday, April 21, 2013

Portuguese Egg Tart

Assalamualaikum.

Sahabat blog sihat ke?? waaahhh... lama betul la jannah tak menjengah kat blog ni. Mana tak nya, bila dh bekerja ni sibuk la pulak. balik kerja rasa penat. lagi pun tak ada cerita yg nak di kongsi. Untuk diri jannah sendiri. Alhamdulilah jannah sihat dan harap sentiasa sihat dan bersyukur. :)

Btw, fb kita sekarang dh bukan untuk tahu perkembangan kawan2 dah. tapi tempat jannah tgk resepi and shopping. kalau buka fb ni mmg berhati2 sgt. takut mata dh berkenan nnt habis laa duit. so sekarang jannah byk tengok fb resepi2 masakan. antara yg jannah suka tgk kat "Buku Resepi"

Bermacam2 resepi la yg dorg share kat situ. sampai bila ralit tgk mula la perut rasa lapar. ada juga a few resepi yg jannah bookmark. mana tahu nnt nak try. so hari ni jannah buat "Portuguese Egg Tart"

Tetiba mcm teringin je nk mkn egg tart. so jannah tgk kat buku resepi tu. macam senang. tapi yg jannah buat lagi senang.. heeeee...


Portuguese Egg Tart
Hidangan : 12biji

Pasty (jannah guna pastry ready made jenama kawan)

Cara :

1) Tekap pastry menggunakan cawan bulat bersaiz lebih besar dari saiz tray muffin. kemudian letak pada tray muffin dan padat2kannya.
 
Note : Sapu tray muffin dengan mentega sebelum meletakkan pastry.

Bahan-bahan inti :

- 3 biji telur
- 200ml susu segar (jannah guna dutch lady full cream)
- 1/2 cawan gula castor (resepi 3/4)
- 1 sudu besar tepung casterd
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1) Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan gula dan pukul hingga sebati.
2) Masukkan susu, esen vanilla dan tepung casterd sehingga sebati.
3) Tuang pada pastry. :)
4) Bakar pada suhu 180darjah selama 30minit atau sehingga ia kuning kecoklat-coklat :D



Selamat Mencuba ^_^

Tuesday, March 26, 2013

GirlTalk

Assalamualaikum..

YaAllah.. rindunya dgn blog jannah ni. mmg dh lama sangat tak update dan mmg tak ada idea nk update blog. tak tahu la nk cerita apa.. heee..

Tapi yg penting jannah sihat dan makin makin makin sihat.. Alhamdulilah.. 

Gemuk??? 


ishh.. mana ada jannah dah gemuk..

......

hmm.. mungkin berisi sikat laa.. hee.. mungkin sbb terlalu happy kot..

Bila dh bekerjaya ni mula2 rasa stress dan menyampah nk dtg kerja.. kdg2 malas je.. 

Tapi!

Alhamdulilah.. kakak2 tempat kerja best! tak suka marah2 dan dorg kerap tanya best kje sini? mcm mana kerja sini? okay? 

Bos lagi laa okay.. tiap2 bulan akan belanja makan pizza la, buat birthday party la..

bila rasa nk berhenti tu mesti jd rasa syg sbb seronok kerja dkt sini :)





tak de la gemuk sangat kan? :p

Saturday, February 16, 2013



Video ni dah lama dh. best friend aku buat. nama dia arbaayah.. haa.. dia mmg pro la bab download, video maker n so on laa.. TQ for her.. :)

Bila aku rindu aku tgk video ni.. ini baru gambar2 time ktorg bercuti kat Terengganu. Belum lagi aksi kami yg lain.. hehe.. Terasa rindu dgn kwn-kwn kelas yg lama.. haihh.. sihat ke dorg? masing2 dh sibuk dgn kerjaya n life masing2. tak ada lagi life seperti dahulu. 

Apa2 pun aku happy sbb dpt kenal dgn dorg. w/pun pernah wujud perselisihan pendapat bila study. salah paham antara kami. tapi kami tetap berkawan. :D


Friday, February 15, 2013

Cupcakes Red Velvet Chip Chocolate


Assalamualaikum..


Kalau hari tu buat kek red velvet tak menjadi. tapi kali ni Alhamdulilah.. menjadi!!! yeayy.. Sebenarnya susah jugak aku nk cari yg sukat pakai cup. sbb aku tak pandai la pakai gram. pakai cup je senang.. hehe.. Tapi ada juga yg pakai cup tapi mcm hari tu la jadinya. cakes tak menjadi. maybe sukat dia sekejap pakai gram sekejap pakai cup.

Tapi kali ini, aku buat sukatan sendiri je. sebaik la menjadi.. kalau tak.. hmmm.. sedih sedih sedih!!

Bahan - bahan:
Hidangan untuk 15 pcs

Bahan A :

- 1 1/4 cwn tepung
- 1 st serbuk penaik
- 1 st soda bikarbonat
- 1/2 st garam
- 2 sb serbuk koko
- 3/4 cwn gula castor

Bahan B :

- 1/2 cwn mentega
- 1 biji telur
- 1/2 cup buttermilk or (1//2 fresh milk + 1/2 cuka makan)
- 1 1/2 st pewarna merah
- 1/2 st esen vanilla
- 1/2 st cuka makan
- 3/4 minyak jagung

Bahan lain :

- Cawan kertas
- Chip Chocolate

Cara-cara :

1) Masukkan bahan B ke dalam mixer dan putar hingga kembang
2) Masukkan pula bahan A ke dalam campuran bahan B dan putarkannya hingga kembang kesemua adunan
3) Masukkan ke dalam cawan kertas diikuti dengan chip choclate dan bakar pada suhu 160 darjah selama 15 minit atau hingga masak.



hari tu aku ada ckp yg aku beli tray muffin tapi tak blh masuk oven aku kan? haa.. ayah aku dh tolong potongkan. so die jadi mcm ni laa.. hehehe

Bahan-bahan Cream Cheese :

- 1 1/4 cream cheese ( ada jual kat giant tesco etc.)
- 200ml whipping cream ( pun ada jual kat giant etc. beli je size kotak kecil = 200ml )
- 1 sb jus lemon
- 3/4 cwn gula castor

Cara - cara :

1) Kesemua bahan diputar fast speed sehingga kental. maksudnya bila tonggengkan bekas dia tak akan jatuh.






Cebisan kek untuk dibuat hiasan..









Siap ditapau untuk someone.. mihmihmih


Red Velvet Lover and yess! its me..


p/s : kenapa aku selalu update pasal dessert, cakes or more to wastern food? sbb dah minatkan.. ate aku nk buat hacane lagi. tak akan laa nk follow minat org lain.. nnt update hari ni saya masak kari, sambal ikan bilis, sayur kangkung tumis cincai. ada gak hempas laptop.. hahaha..

Assalamualaikum..

Wednesday, February 13, 2013

HIJAB POEM




You look at me and call me oppressed
Simply because of the way I’m dressed
You know me not for what is inside
You judge the clothing I wear with pride
  
                                                  My body is not for your eyes to hold                                    
You must speak to my mind
Not my feminine mould
I’m an individual
I’m no man’s slave
It’s Allah’s pleasure that I only crave
  
I have a voice so I will be heard
For in my heart I carry His word
“O ye women, wrap close your cloak
So you won’t be bothered by ignorant folk”
  
Man doesn’t tell me to dress this way
It’s law from God that I obey
Oppressed is something I’m truly not
For liberation is what I’ve got
  
It was given to me many years ago
With the right to prosper, the right to grow
I can climb mountains or cross the seas
Expand my mind in all degrees
  
For God Himself gave us liberty
When He sent Islam to you and me!



Siti Nur Aisyah adalah anak saudara aku yg pertama. Dia berumur 7 tahun. Alhamdulilah, kecenderungan dia lebih kepada hal kegamaan.

Aisyah : Kenapa perempuan pakai baju hitam tu pakai tudung pas tu tutup muka dia.
Ummi : Dia pakai purdah. Apabila seseorang wanita itu ingin mengelakkan dari lelaki lain melihat wajahnya dengan penuh rasa nafsu. maka dia menutup wajahnya yg cantik itu.
Aisyah : Kakak nk pakai purdah la..

Sedari dia kecil, dia bijak memilih pakaian, malah dia ingin memakai stokin bagi menutup aurat pada kakinya.. Subhanallah!!! Hebat ciptaan mu YaAllah!!

Tuesday, February 12, 2013

Red Velvet yg Menyedihkan

Assalamualaikum..

Hari ni aku masih di mood cuti lagi. ingat tak azam aku untuk nak try mcm2 resepi waktu cuti ni. so semalam buat laa kek red velvet. kek tu mmg sedap. sbb first time aku rasa waktu tu ada kenduri cukur rambut kat rumah sepupu. so dia bg cup cake red velvet.. sangat laa sedap sampai mak aku punya, kakak aku punya, ayah aku punya pun aku makan.. senang cerita aku dah fall in love la kat red velvet tu. aku pun gunakan laa perkhidmatan pak cik google untuk search resepi kek red velvet. Asalnya nak buat cup cake jugak laa.. so bermula laa al kisah.

Pagi tu aku cari cup kertas. aku cari dan cari laa yg keras sbb takut bila letak die tak laa mengembang. tapi tak ada. aku dah tak tahu nk cari kat mana. sbb semua kedai tutup. kac CNY mesti laa semua kedai tutup. So aku pun tukar idea, aku buat dalam tray muffin. aku pun pergi giant cari tray muffin yg murah2. kau pun jannah nk shopping barang masakan tunggu laa gaji minggu depan.. hmmm.. tapi aku jumpa la jugak yg murah.. ahhh.. gembiranya hati..

Sampai je rumah aku dah tak sabar nk buat cup cake red velvet. aku pun ukur laa tray muffin dengan oven aku yg sekangkang kera tu je. tak muat nak masuk.. :'( membazir jee.. Maka sesuai laa perumpaan ukur baju di badan sendiri.. haaa.. dah tahu oven tu kecik je kenapa nk beli tray muffin yang sampai 12pcs punya!!! aku pun keluar balik pergi cari cup kertas.. dan aku beli jelaa cup yg mcm biasa punya. bukan yg keras taw. so mcm biasa seperti yg telah dijangka tp masih nk try jugak. cup tu mengembang laa sayang oii.. sedih ni sedih.. tapi tetap tak berputus asa. aku tak menggunakan cup dah. aku terus boh dalam loyang.



Dalam tengah try resepi tu, aku dah perasan red velvet aku tak berwarna merah.. dia more to brown color. tapi tetap jugak beri kata-kata positif dalam diri ni. "TAK APA JANNAH!! NANTI DIA DAH MASAK DIA JADI LA WARNA MERAH" bertapa semangatnya aku nk sejukkan hati sendiri. walhal dah tahu benda tu warna coklat. aku pun pelik kenapa tak jadi warna merah.. dorg pakai pewarna brand apa ha?? ke aku salah sukat? ke serbuk koko aku terlebih?? haa.. mcm tu laa aku blur time buat kek ni..

Masa aku buat kek tu, anak-anak buah aku tolong.. well dorg kan girls, so kena la belajar mcm auntie dia ni.. hekk!! so bila dah tak jadi aku pun merungut.

Usu : Habis kek usu dah tak jadi dh :(
Niece : tapi sedap laa usu. sambil memakan sisa adunan yg melekat di mangkuk
Usu : hehh!! usu suruh letak kat singki laa.. ayoo korg ni..
Niece : HAHAHA..

budak-budak ini begitu innocence sampai tak tahu yg aku buat tu tak jadi.. bila kek sudah masak aku pun ayat dorg usu tak jadi buat kek red velvet. usu buat kek coklat.. (banyak la kau jannah, nk nipu bebudak tu, padahal kek kau tu tak jadi!)

So sekian laa cerita kesedihan aku dgn kek red velvet yg tak jadi

p/s : kakak aku cakap jangan give up. try resepi lain. resepi yg kau tgk tu org tu tak bg sukatan yg betul.. ahahha..



Gambar curi dari pakcik google. one day i will make sure laa, i can make it real. huh! 

Saturday, February 9, 2013

Chip Chocolate Bread Pudding

Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah swt kerana masih memberi kekuatan kepada aku untuk terus mengharungi liku-liku di dunia.. Alhamdulilah.. :)

So lets start!!

Amacam dah start cuti raya cina ni? cuti seminggu pergi holiday mana? ke picnic kat rumah je.. hehe.. kat mana berada asal kita bahagia okay? good!!

Hari ni aku buat resepi baru.. ecehhh baru laa sangat nyaaa pooonnn.. tak nak cakap banyak.. nnt meluat pulak nk bacakan.. itew tak sukeeeww laa kalau awak menci baca blog itew.. mohon dibasuh otak aku jika ckp seperti ini lagi..

Cuti ni aku rasa nk habiskan masa aku dgn membuat mcm2 resepi laa.. harap ia bukan omong kosong ye jannah.. so start hari ni iaitu hari sabtu 9hb Februari bersamaan kelender islam 28 Rabiulawal 1434 Hijrah aku telah membuat bread pudding.. resepi kita buat ni biasa-biasa jeewww sebenarnyewww... *tampar diri sendiri*

Resepi ni aku dapat dari mana lagi kalau bukan pakcik Google.. kau taip aje laa apa pun nnt dia bg punya laa.. hahaha..

Bahan-bahan : 

- 10 keping roti ( ada org buang kerak dia. tapi aku sayang nak buang kerak roti yg tak bersalah tu. maka aku pun tidak membuangnyaa. cian dia nnt dia nangis taw. hehe)
- chip chocolate

1) Susun roti tersebut ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. kemudian taburkan chip chocolate. aku guna loyang saiz 8''

Bahan untuk di kisar: (pemalas nak pakai mixer)

- 3 biji telur
- 4 sb gula
- 1 sb tepung jagung
- 200ml susu penuh krim
- 200ml whipping cream
- 1st esen vanilla

2) Kisarkan bahan diatas dan tuang ke dalam loyang yang berisi roti tadi. taburkan lagi sedikit chip choc

3) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan 10minit lebih awal pada darjah 180 selama 30 minit.

Bahan-bahan Vanilla Sauce :

- 1 tin susu cair
- 2 sb gula
- 2 sb tepung castard
- 1 st esen vanilla

4) Kisar kesemua bahan dan masak dengan api kecil sambil gaul-gaul manja.. ewaahh..

5) Selepas pudding masak selama 30minit. curahkan vanilla sauce apabila ingin makan yaa..

okayy selamat menjamu selera..



Ini laa hasil Bread Pudding saya yang pertama kali baru buat.. :D

Sumber : Cik Epal

Saturday, February 2, 2013

Si Rabun

Assalamualaikum..

Aku seorang yang rabun. yaa rabun jauh.. baru-baru ni aku baru buat cermin mata baru sebab power meningkat jadi 450. Tinggi bukan? Agak memeranjatkan diri aku jugak sebab dua tahun lepas baru buat cermin mata.. so baru pakai tak sampai dua tahun power dah naik 450. terpaksa buat sebab silau pun dah ada. bila drive malam mula laa tak nampak.. tskk tskk tskk.. sedihnyaaa...

Orang cakap rabun sebab tak makan sayur.. seriously family aku semua suka sayur tapi kakak2 dan abg aku termasuk aku semua rabun. adakah benda ini punca dari keturunan? Nooooo.. mak abah aku tak rabun kot.. mak aku jelaa sbb rabun dekat.

Teringat lagi masa aku sekolah rendah tgk kakak dan abg aku pakai cermin mata macam cantik je. so teringin laa nak pakai.. Jadi aku start tahu mata aku rabun bila masuk sekolah menengah. aku rasa kabur bila pandang blackboard. Tiap kali nak salin kat buku, aku akan tgk kawan sebelah punya.. sedihnyaaakan? tapi masa tu tak sedar lagi yang aku ni rabun. sampai laa aku form 3 bila borak dgn kakak aku, aku pakai cermin mata dia tetiba dunia ini rasa indah sangat. kakak aku pun cakap laa yang aku ni rabun. mak dan abah pun bawak pergi check mata dan terus power aku 200. haaa.. mmg padan laa kau tak nampak blackboard tu.

Start pada tu mula-mula je suka pakai cermin mata.. lepas tu aku rasa rimas sangat laa pakai specs ni.. argghhhh!!! nak elok kan balik.. :( Tapi ianya tidak menjadi kenyataan.. malah semenjak aku masuk ke Politeknik, rabun aku makin meningkat kepada 300.. dan terus meningkat sebanyak 450..

Apa yang harus dilakukan??

Aku ada laa terbaca pasal rabun ni.. nak cakap pasal retina bagai mmg laa aku bukan pakar mata. Tapi mengikut sumber menyatakan ia berpunca dari kita yang sering melihat benda atau objek terlalu dekat. Kerana mata kita hanya boleh melihat kepada objek dengan jarak jauh.. maksudnya bukan langsung tak boleh lihat objek dekat. tapi setiap 20minit mcm tu kita perlu lihat pula objek yang jauh.. Ini kerana, apabila mata melihat objek dekat dengan begitu lama ia akan memberi tekanan pada mata. Justeru itu ia menyebabkan mata anda tidak kembali kepada asal. oleh itu, anda tidak dapat lagi melihat objek2 yang jauh.. antara puncanya mukin membaca dengan terlalu lama, menonton tv dalam jarak yang dekat. dan melihat laptop atau komputer dengan terlalu lama..

Okay jannah! lepas ni tgk laptop kena 20minit sahaja, lepas tu tgk benda2 hijau atau benda yang jarak jauh. Menonton tv pun sama.. jangan dok ternganga depan tv mcm nak dimakan tv nya tu..

Haaa.. itu jelaa yg nak di share.. :)



Book worm laa sangat.. -_-


Tuesday, January 29, 2013

Do you like a trick??

Assalamualaikum..

aku selalu ada masalah nak letak title blog Cuti isnin lepas sempena thaipusam, my bestie and I going to museum.. this is my first time laa pergi museum museum mcm ni.. Belle was suggest and I didn't refuse it. Im that kind of girl always say okay when my friend give suggestion unless I've something to do. So the plan going so well..

Before going to this museum, aku ada laa dok research sikit gambar-gambar kat museum ni.. tell you what.. tak pergi lagi aku dh ckp best gilaa.. ini kan lagi dh pergi.. seriously uolls tak akan menyesal kalau datang. plus entry fee dia RM5/head. cheap haa?? hehehe

Jadi ini Sedikit gambar untuk tatapan anda.. :D




I iz love this potret. nampak 3D tak?




yaa yaaa.. catch her shoes




Oppss... Im sorry.. I didnt mean it.. :D




Crocodile hunt




Nice belle...





This is our secret.. don't tell anyone haa..




huhu.. tq tq ^_^




memerah susu lembu.. nak??





creative..




pelik bila tgk cermin.




Linda want that RM100




Its linda or me?? 



Kalau uolls nak tahu, saya laa pelukis monalisa ni.. hehehe




Become an angel is such a dream




Gambar ini tidak di edit untuk kelihatan putih  




So?? macam mana? best tak tgk gambar gambar kita? ada rasa macam nak pergi tak? selingan : aku mmg tak ada posture badan yang cantik


Saja nak letak pic ni last.. hehee.. btw museum yg aku dok ckp tadi adalah Trick Art Museum laaa.. Dekat i-city berhampiran dgn oldtown cafe i-city sebelah dengan 5D cinema.. i-city ni dekat dgn umah tapi baru tahu ada trick art museum ni. ingat lepas masuk Trick Art Museum nak tgk 5D cinema.. nak tgk macam mana 5D dia tu.. cerita hantu pulak. tapi counter tutup so tak dapat nak topup ticket, kami pun makan dan balik rumah.

Ini ada sedikit info lagi, Trick Art Museum ni adalah yg pertama kat Malaysia.. so tak ada kat tempat lain.. Tapi dekat negara lain dh banyak dh ada.. bila tak dapat pergi kat Korea punya kat Malaysian pun ada.. Tak rugi pergi sbb best dan sangat puas hati plus entry fee pun murah. Kami pergi waktu siang sbb tak ramai org sangat dan parking pun murah,. hehe.. so itu sahaja yang nak dikongsi.. 

Assalamualaikum.. muaaaahhhh *ini flying kiss :*