Saturday, January 26, 2013

Raja Sehari

Assalamualaikum..

Firstly betul ke raja sehari? ke raja sahari? tapi apa pun yg aku maksudkan adalah pengantin.

Yesss.. today I'm gonna talk about Pengantin, Perkahwinan dan Bakal Menjadi Isteri.

Pada 24hb lepas sepupu aku dah selamat di ijab kabul bersama pilihan hati dia. sepupu aku ni perempun dan sebaya dgn aku iaitu 22tahun. Seronok tgk dia pun dah menjadi isteri org. Suami dia seorang ustaz lepasan undang2 syariah. Untungnyaaa dah bergelar isteri. Mereka tak bercinta, malah berkenalan disebabkan ibu angkat sepupu ni. terus lelaki ni masuk meminang dan ikat tali pertunangan lebih kurang setahun. Simplekan? Org yang tak bercinta lagi senang nak kahwin banding dari org yg sibuk mencari kekasih dan bercinta sebelum kahwin..

Pada diri aku ni, mmg laa ada calon-calon tu.. (calon2 tu bunyi mcm ramai je) tapi kalau boleh tak nak lama2 dan biar berada dilandasan Allah. dan Allah mmg pisahkan kami berjauhan untuk hindarkan kami dari asyik dating je. hehe.. Tapi tak semestinya dia orangnya. hmmm...

Kadang-kadang terfikir juga diri aku ni dah bersedia ke andai kata jodoh tu sampai cepat. Jawap hati ni belum lagi. aku mmg belum bersedia. kalau laa wanita berkahwin pada usia 30tahun itu perkara biasa dah lama nak kahwin umur 30tahun. bukan apa. kalau boleh nk prepare ilmu, kekuatan mental fizikal dan duit cukup-cukup dulu. sebenarnya blh je kalau diberi masa setahun untuk mengumpul duit. bukannya kita nak buat kenduri besar-besaran. cukup sederhana sahaja. tapi itu laa.. usia muda ni masih rasa nak enjoy. yelaaa.. baru kerjakan.. mesti laa duit tu nk bg mak abah shopping itu ini.. haaa.. nak puas kan diri ni dulu..







Soal berkahwin ni sebenarnya aku cukup takut... mmg takut dan sangat takut.. perkahwinan itu sebenarnya cukup indah andai diri ni telah cukup diisi dgn ilmu rumahtangga dan agama. begitu juga bakal suami kita. Nak pilih calon suami/isteri bukan macam pilih ikan kat pasar. nak pilih ikan kat pasar pun susah.. sbb nak cari yg fresh, mata tak nak merah. perut tak nak terburai2 dah, warna nak cantik dan nampak fresh.. Tapi lagi ssh nak cari calon suami/isteri. kena cari yg serasi. maksudnya pemikiran dia matang dan kita pun matang. kenapa saya cakap soal matang. sbb orang yang matang sahaja dapat berfikir dgn betul. cuba budak2 atau kita tgk org tu tak matang. mesti dia fikir nak enjoy dan kalau ada masalah mudah lari dari masalah. Org yang tak matang juga takut pikul tanggungjawap. Kita blh tahu seorang tu blh pikul tanggungjawap ke tidak dgn cara kehidupan dia sehari-harian. Duit kereta ada tangguh2 tak? Bil api air mak ayah ada tlg bayar ke tak. Sebenarnya kalau nak ckp pasal kahwin ni mmg panjang. Tapi apa yang seperti org tua-tua ckp nak berkahwin ni kita pikul tanggungjawap besar. kalau tanggungjawap diri sendiri pun tak boleh pikul maksudnya tak cukup syarat lagi laa nak dapat keluarga bahagia.. mana taknya.. solat 5 waktu pun tak cukup lagikan... hmmmm...

Kadang-kadang aku mula terfikir bila laa aku nak kahwin. tp bila difikirkan balik. Allah tak bagi jodoh kita sampai awal sbb mungkin diri kita tak cukup bagus lagi atau Allah masih beri kita masa untuk kita perbaiki kelemahan diri. Siapa nak bila dah kahwin dan ada anak. Anak terbiar, suami terbiar, gaduh suami isteri.. ish ish.. aku tak naaaakkkk! Jadi sebelum berkahwin kita perlu bijak tgk baka suami kita. Usha-usha laa dia bila masuk waktu solat. kebiasaannya maghrib. saje call atau mesej pada waktu maghrib, kalau dia tak angkat ada banyak kemungkinan. mungkin dia dah berada di masjid, mungkin dia tgh makan atau dia tgh tidur. Kalau dia call balik ckp baru bangun tido maghrib2 tu.. hmmm.. perlu banyak yang nk kne improve.. kalau dia ckp kat masjid.. Alhamdulilah.. calon yang baik..

Sebenarnya aku pun bukan tahu sangat hal-hal nk cari calon ni. Tapi yang paling penting berdoa.. Allah akan tentukan jalan buat kita. percaya padaNya.. :)




Walau apa pun. aku bahagia dgn hidup aku sekarang. Tak nak fikir soal siapa suami aku walaupun kadang-kadang tertanya-tanya betul ke dia ni jodoh aku? Aku mmg tak suka memberi harapan pada yang tak pasti. Tapi aku doakan dia menjadi lelaki idaman aku.. :)