Sunday, January 27, 2013

Kerja ohh kerja

Assalamualaikum..

Wahhh.. penat hari ni sebab rewang kat umah sepupu.. dia bersanding hari ni.. sangat seronok bila tgk org yg rapat dgn aku masing-masing dah hidup bahagia. :) Penat penat pun aku tetap nak buat entry ni jgk sbb dah lama nak buat tapi tak ada masa..

Entry ni just nak share pasal kerja lebih-lebih lagi kepada fresh graduate yang tengah menganggur yang memang nak cari kerja. harap entry ni membantu laaa sbb aku sendiri amalkan tips ni.. hehehe..

Bagaimana nak cari kerja????

kerja ni mmg senang nak cari. buka je jobstreet berlambak kerja kosong. tapi adakah ia memuaskan hati anda?

1) Siapkan resume dan cover letter berserta segala-gala sijil-sijil anda. resume tu print je banyak2 sikit..
2) Cari di internet (biasa org cari kat jobstreet kan) apply laa mana2 position yang engkorang rasa memenuhi kelayakannya.
3) Jadi tamak untuk seketika. Bagi aku laa, aku terpaksa buat mcm ni. Aku hantar je resume aku ni kat mana2 application. soal ambil tak ambil belakang cerita. Firstly kena berani mencuba dan jangan lepas peluang.
4) Kalau kat jobstreet or surat kabo pun dah tak jugak dapat call dari mereka. engkorang call laa dorg.. hahaha..

Pengalaman aku la kan, aku ada hantar resume kat semuanya tapi tak de siapa pun nak call. agak sedih juga, so aku decide utk call je semua company yang aku hantar resume tu. Ada laa a few company yang bagi email lain untuk kita email resume dan mereka panggil aku datang interview. see?? tak cuba kita tak tahu.. at least try jelaa kan? Tapi aku tak pergi pun interview tu sbb aku dapat offer lain.. hehehe..

5) Kalau laa dah call pun tak dapat jugak.. korg cari firma praktikal dulu. macam aku dulu politeknik. Politeknik Sultan Azlan Shah ni dia ada account khas untuk semua student dia. dekat situ log in dan ada mcm2 perkhidmatan. ada senarai firma untuk praktikal berserta nombor telefon. maka aku call kesemuanya dan mereka suruh hantar resume jee.. sbb aku pun pilih company yang besar2 je.. mmg mcm tu jelaa dorg ckp.. hmmm... tapi!!! mcm yg aku ckp tadi at least try laa kan.. so kalau tempat korg belajar ada sediakan senarai tempat praktikal korg blh laaa try tanya2 company tu.. sbb secara logiknya mereka mengambil student untuk praktikal maka boleh jadi mereka mengambil fresh graduate untuk bekerja juga.

Aku rasa itu jelaa tips yang aku ada.. nak kata banyak tak laa banyak.. nak kata berguna tu.. berguna laa juga untuk aku.. hehehe..

GOOD LUCK!! bye.