Friday, August 30, 2013

Jodohku Rahsia Allah..

Assalamualaikum...

Jika ALLAH SWT tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, kita tetap tidak akan bersama denganya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. 


Maka, cintailah orang yg sewajarnya. kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti. Kadang yg engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untul ALLAH. :)




Saat HATI berkata INGIN, namun ALLAH bekata TUNGGU.
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata TERSENYUMLAH
Saat segalanya terasa MEMBOSANKAN, namun ALLAH berkata TERUSLAH MELANGKAH

Kita merancang, ALLAH juga turut merancang tetapi perancangan ALLAH lebih baik :)

Jodoh itu kan RAHSIA ALLAH. Sweet kan? ALLAH itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita =D dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti, siapa jodoh kita. 


TAPI!


Sebelum tiba masanya, selagi itulah DIA akan rahsiakan daripada kita. Alah buat mcm tu bkn sia-sia. Tidak ada sia-sia dlm perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yg disediakan ALLAH untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa


Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda MENCARI si soleh, tetapi BERUSAHALAH menjadi SOLEHAH.

Jika ingin yang SOLEHAH, jangan CEREWET mencari solehah, tetapi BERUSAHALAH menjadi yg SOLEH.

Bertemu yg solehah. solehah dia blm tentu kekal. Bertemu yg soleh, solehnya boleh berubah. kerana si SOLEH dan SOLEHAH adalah insan biasa.

Sama-sama perbaiki diri! ^_^

DIA MENGETAHUI, SEDANGKAN KITA TIDAK MENGETAHUI BUKAN? (2:216)






"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."

(HR. Al-Hakim)

Saturday, August 24, 2013

Aktiviti Di Tempat Kerja

Assalamualaikum..

Salam Sabtu.

Seronokkan dapat cuti hari sabtu. minggu ni saya kena kerja hari sabtu. :') boring juga la sbb tak ada kerja sangat.

Jadi...

Saya nk bagi tips yg harus awak lakukan bila bosan di tempat kerja.

1) PASANG RADIO HOT F.M (kemain promote)

Pasang lagu dan nyanyi kuat kuat.. buat office tu macam bilik karaoke

2) MAKAN!!!

Pesan kat guard tolong belikan pisang goreng koropok lekor etc etc. lepas tu tak payah bg duit. minta dia belanja :p buruknya perangai.

3) AMBIL GAMBAR SESORANG

Kalau perempuan mmg pesen mcm ni kengkadang

4) BACA BLOG

baca la blog si Patin Liana ke, Maghia Elena ke, Hamis Jalika ke, Si Datin ke etc etc.

5) UPDATE BLOG SENDIRI

dah bosan baca blog org lain. update blog sendiri lepas tu baca sendiri..

:D

bye

entry ni sesuka je.



Ye boring -__-


p/s: Apa pun yg org sekeliling kita lakukan. yg baik diambil. yg kurang baik kita simpan esok kita mengumpat.. ehh.. bukan bukan.. yg kurang baik kita simpan utk pengajaran. jangan banyakkan gossip. 

Bye lagi..



Thursday, August 22, 2013

PAV.LO.VA

Assalamualaikum...

Hmm..

Mana nk start ni.. dah lama tak buka blog ni. nak BERblog pun dah tak tahu..haihhh.. mcm la sebelum ni tahu sgt. OKAY! mmg diakui saya mmg failed bab penulisan. otak saya tak cukup kreatif untuk buat org tertarik dgn jalan cerita saya. hehe..

Rasanya dah berbulan-bulan tak update entry baru. life boring nk cerita pasal apa la kan. Routine setiap hari benda yg sama saja.


Bangun tidur
-
-
-
Pergi kerja
-
-
-
Balik Kerja
-
-
-
Online
-
-
-
Tidur

Bezanya cuma hari ni makan makanan lain. pakai baju lain. borak cerita lain.. heh.. boringkan. tapi ni la life org bujang bekerja. cuba dah kahwin and ada anak. seronok la sikit. kalau anak buah saya ada kat rumah mmg best je. hilang stress bila tgk budak kecik. ehh.. melalut sampai hal anak kahwin semua ni knp pula.


Okay..

Di sini, Hari ini, Di blog ini saya nk kongsi resepi pavlova.. alaa.. mesti la dah tahu kan apa tu pavlova. dah byk pun kat blog blog lain cerita pasal pavlova ni.

Tapi saya nk cerita juga pasal pavlova ni. Pavlova ni diperbuat dari putih telur dan gula. tapi saya suka rasa yg kurang manis. tak suka manis-manis sangat. Sebenarnya senang je buat pavlova ni. tapi ntah knp masa first time saya buat mcm tak menjadi.. kesian kesian kesian.. sobss.

Tapi,

Now dah pro okay. siap boleh ajar org lain lg taw.. :p

Rasanya tadi mcm rajin sangat nk share resepi dia. tapi dh menaip ni jadi malas pulak. hehehe.. 



Naahh!! ni gambar PAVLOVA kita. tak menarik pun. tapi rasa dia omnomnomnom ommm menarik sgt.

:p




^__^



Ni pulak gambar budak budak high blood sugar.. weeeee..


Bye :')