Saturday, February 16, 2013



Video ni dah lama dh. best friend aku buat. nama dia arbaayah.. haa.. dia mmg pro la bab download, video maker n so on laa.. TQ for her.. :)

Bila aku rindu aku tgk video ni.. ini baru gambar2 time ktorg bercuti kat Terengganu. Belum lagi aksi kami yg lain.. hehe.. Terasa rindu dgn kwn-kwn kelas yg lama.. haihh.. sihat ke dorg? masing2 dh sibuk dgn kerjaya n life masing2. tak ada lagi life seperti dahulu. 

Apa2 pun aku happy sbb dpt kenal dgn dorg. w/pun pernah wujud perselisihan pendapat bila study. salah paham antara kami. tapi kami tetap berkawan. :D


Friday, February 15, 2013

Cupcakes Red Velvet Chip Chocolate


Assalamualaikum..


Kalau hari tu buat kek red velvet tak menjadi. tapi kali ni Alhamdulilah.. menjadi!!! yeayy.. Sebenarnya susah jugak aku nk cari yg sukat pakai cup. sbb aku tak pandai la pakai gram. pakai cup je senang.. hehe.. Tapi ada juga yg pakai cup tapi mcm hari tu la jadinya. cakes tak menjadi. maybe sukat dia sekejap pakai gram sekejap pakai cup.

Tapi kali ini, aku buat sukatan sendiri je. sebaik la menjadi.. kalau tak.. hmmm.. sedih sedih sedih!!

Bahan - bahan:
Hidangan untuk 15 pcs

Bahan A :

- 1 1/4 cwn tepung
- 1 st serbuk penaik
- 1 st soda bikarbonat
- 1/2 st garam
- 2 sb serbuk koko
- 3/4 cwn gula castor

Bahan B :

- 1/2 cwn mentega
- 1 biji telur
- 1/2 cup buttermilk or (1//2 fresh milk + 1/2 cuka makan)
- 1 1/2 st pewarna merah
- 1/2 st esen vanilla
- 1/2 st cuka makan
- 3/4 minyak jagung

Bahan lain :

- Cawan kertas
- Chip Chocolate

Cara-cara :

1) Masukkan bahan B ke dalam mixer dan putar hingga kembang
2) Masukkan pula bahan A ke dalam campuran bahan B dan putarkannya hingga kembang kesemua adunan
3) Masukkan ke dalam cawan kertas diikuti dengan chip choclate dan bakar pada suhu 160 darjah selama 15 minit atau hingga masak.



hari tu aku ada ckp yg aku beli tray muffin tapi tak blh masuk oven aku kan? haa.. ayah aku dh tolong potongkan. so die jadi mcm ni laa.. hehehe

Bahan-bahan Cream Cheese :

- 1 1/4 cream cheese ( ada jual kat giant tesco etc.)
- 200ml whipping cream ( pun ada jual kat giant etc. beli je size kotak kecil = 200ml )
- 1 sb jus lemon
- 3/4 cwn gula castor

Cara - cara :

1) Kesemua bahan diputar fast speed sehingga kental. maksudnya bila tonggengkan bekas dia tak akan jatuh.






Cebisan kek untuk dibuat hiasan..









Siap ditapau untuk someone.. mihmihmih


Red Velvet Lover and yess! its me..


p/s : kenapa aku selalu update pasal dessert, cakes or more to wastern food? sbb dah minatkan.. ate aku nk buat hacane lagi. tak akan laa nk follow minat org lain.. nnt update hari ni saya masak kari, sambal ikan bilis, sayur kangkung tumis cincai. ada gak hempas laptop.. hahaha..

Assalamualaikum..

Wednesday, February 13, 2013

HIJAB POEM




You look at me and call me oppressed
Simply because of the way I’m dressed
You know me not for what is inside
You judge the clothing I wear with pride
  
                                                  My body is not for your eyes to hold                                    
You must speak to my mind
Not my feminine mould
I’m an individual
I’m no man’s slave
It’s Allah’s pleasure that I only crave
  
I have a voice so I will be heard
For in my heart I carry His word
“O ye women, wrap close your cloak
So you won’t be bothered by ignorant folk”
  
Man doesn’t tell me to dress this way
It’s law from God that I obey
Oppressed is something I’m truly not
For liberation is what I’ve got
  
It was given to me many years ago
With the right to prosper, the right to grow
I can climb mountains or cross the seas
Expand my mind in all degrees
  
For God Himself gave us liberty
When He sent Islam to you and me!



Siti Nur Aisyah adalah anak saudara aku yg pertama. Dia berumur 7 tahun. Alhamdulilah, kecenderungan dia lebih kepada hal kegamaan.

Aisyah : Kenapa perempuan pakai baju hitam tu pakai tudung pas tu tutup muka dia.
Ummi : Dia pakai purdah. Apabila seseorang wanita itu ingin mengelakkan dari lelaki lain melihat wajahnya dengan penuh rasa nafsu. maka dia menutup wajahnya yg cantik itu.
Aisyah : Kakak nk pakai purdah la..

Sedari dia kecil, dia bijak memilih pakaian, malah dia ingin memakai stokin bagi menutup aurat pada kakinya.. Subhanallah!!! Hebat ciptaan mu YaAllah!!

Tuesday, February 12, 2013

Red Velvet yg Menyedihkan

Assalamualaikum..

Hari ni aku masih di mood cuti lagi. ingat tak azam aku untuk nak try mcm2 resepi waktu cuti ni. so semalam buat laa kek red velvet. kek tu mmg sedap. sbb first time aku rasa waktu tu ada kenduri cukur rambut kat rumah sepupu. so dia bg cup cake red velvet.. sangat laa sedap sampai mak aku punya, kakak aku punya, ayah aku punya pun aku makan.. senang cerita aku dah fall in love la kat red velvet tu. aku pun gunakan laa perkhidmatan pak cik google untuk search resepi kek red velvet. Asalnya nak buat cup cake jugak laa.. so bermula laa al kisah.

Pagi tu aku cari cup kertas. aku cari dan cari laa yg keras sbb takut bila letak die tak laa mengembang. tapi tak ada. aku dah tak tahu nk cari kat mana. sbb semua kedai tutup. kac CNY mesti laa semua kedai tutup. So aku pun tukar idea, aku buat dalam tray muffin. aku pun pergi giant cari tray muffin yg murah2. kau pun jannah nk shopping barang masakan tunggu laa gaji minggu depan.. hmmm.. tapi aku jumpa la jugak yg murah.. ahhh.. gembiranya hati..

Sampai je rumah aku dah tak sabar nk buat cup cake red velvet. aku pun ukur laa tray muffin dengan oven aku yg sekangkang kera tu je. tak muat nak masuk.. :'( membazir jee.. Maka sesuai laa perumpaan ukur baju di badan sendiri.. haaa.. dah tahu oven tu kecik je kenapa nk beli tray muffin yang sampai 12pcs punya!!! aku pun keluar balik pergi cari cup kertas.. dan aku beli jelaa cup yg mcm biasa punya. bukan yg keras taw. so mcm biasa seperti yg telah dijangka tp masih nk try jugak. cup tu mengembang laa sayang oii.. sedih ni sedih.. tapi tetap tak berputus asa. aku tak menggunakan cup dah. aku terus boh dalam loyang.



Dalam tengah try resepi tu, aku dah perasan red velvet aku tak berwarna merah.. dia more to brown color. tapi tetap jugak beri kata-kata positif dalam diri ni. "TAK APA JANNAH!! NANTI DIA DAH MASAK DIA JADI LA WARNA MERAH" bertapa semangatnya aku nk sejukkan hati sendiri. walhal dah tahu benda tu warna coklat. aku pun pelik kenapa tak jadi warna merah.. dorg pakai pewarna brand apa ha?? ke aku salah sukat? ke serbuk koko aku terlebih?? haa.. mcm tu laa aku blur time buat kek ni..

Masa aku buat kek tu, anak-anak buah aku tolong.. well dorg kan girls, so kena la belajar mcm auntie dia ni.. hekk!! so bila dah tak jadi aku pun merungut.

Usu : Habis kek usu dah tak jadi dh :(
Niece : tapi sedap laa usu. sambil memakan sisa adunan yg melekat di mangkuk
Usu : hehh!! usu suruh letak kat singki laa.. ayoo korg ni..
Niece : HAHAHA..

budak-budak ini begitu innocence sampai tak tahu yg aku buat tu tak jadi.. bila kek sudah masak aku pun ayat dorg usu tak jadi buat kek red velvet. usu buat kek coklat.. (banyak la kau jannah, nk nipu bebudak tu, padahal kek kau tu tak jadi!)

So sekian laa cerita kesedihan aku dgn kek red velvet yg tak jadi

p/s : kakak aku cakap jangan give up. try resepi lain. resepi yg kau tgk tu org tu tak bg sukatan yg betul.. ahahha..



Gambar curi dari pakcik google. one day i will make sure laa, i can make it real. huh! 

Saturday, February 9, 2013

Chip Chocolate Bread Pudding

Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah swt kerana masih memberi kekuatan kepada aku untuk terus mengharungi liku-liku di dunia.. Alhamdulilah.. :)

So lets start!!

Amacam dah start cuti raya cina ni? cuti seminggu pergi holiday mana? ke picnic kat rumah je.. hehe.. kat mana berada asal kita bahagia okay? good!!

Hari ni aku buat resepi baru.. ecehhh baru laa sangat nyaaa pooonnn.. tak nak cakap banyak.. nnt meluat pulak nk bacakan.. itew tak sukeeeww laa kalau awak menci baca blog itew.. mohon dibasuh otak aku jika ckp seperti ini lagi..

Cuti ni aku rasa nk habiskan masa aku dgn membuat mcm2 resepi laa.. harap ia bukan omong kosong ye jannah.. so start hari ni iaitu hari sabtu 9hb Februari bersamaan kelender islam 28 Rabiulawal 1434 Hijrah aku telah membuat bread pudding.. resepi kita buat ni biasa-biasa jeewww sebenarnyewww... *tampar diri sendiri*

Resepi ni aku dapat dari mana lagi kalau bukan pakcik Google.. kau taip aje laa apa pun nnt dia bg punya laa.. hahaha..

Bahan-bahan : 

- 10 keping roti ( ada org buang kerak dia. tapi aku sayang nak buang kerak roti yg tak bersalah tu. maka aku pun tidak membuangnyaa. cian dia nnt dia nangis taw. hehe)
- chip chocolate

1) Susun roti tersebut ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. kemudian taburkan chip chocolate. aku guna loyang saiz 8''

Bahan untuk di kisar: (pemalas nak pakai mixer)

- 3 biji telur
- 4 sb gula
- 1 sb tepung jagung
- 200ml susu penuh krim
- 200ml whipping cream
- 1st esen vanilla

2) Kisarkan bahan diatas dan tuang ke dalam loyang yang berisi roti tadi. taburkan lagi sedikit chip choc

3) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan 10minit lebih awal pada darjah 180 selama 30 minit.

Bahan-bahan Vanilla Sauce :

- 1 tin susu cair
- 2 sb gula
- 2 sb tepung castard
- 1 st esen vanilla

4) Kisar kesemua bahan dan masak dengan api kecil sambil gaul-gaul manja.. ewaahh..

5) Selepas pudding masak selama 30minit. curahkan vanilla sauce apabila ingin makan yaa..

okayy selamat menjamu selera..



Ini laa hasil Bread Pudding saya yang pertama kali baru buat.. :D

Sumber : Cik Epal

Saturday, February 2, 2013

Si Rabun

Assalamualaikum..

Aku seorang yang rabun. yaa rabun jauh.. baru-baru ni aku baru buat cermin mata baru sebab power meningkat jadi 450. Tinggi bukan? Agak memeranjatkan diri aku jugak sebab dua tahun lepas baru buat cermin mata.. so baru pakai tak sampai dua tahun power dah naik 450. terpaksa buat sebab silau pun dah ada. bila drive malam mula laa tak nampak.. tskk tskk tskk.. sedihnyaaa...

Orang cakap rabun sebab tak makan sayur.. seriously family aku semua suka sayur tapi kakak2 dan abg aku termasuk aku semua rabun. adakah benda ini punca dari keturunan? Nooooo.. mak abah aku tak rabun kot.. mak aku jelaa sbb rabun dekat.

Teringat lagi masa aku sekolah rendah tgk kakak dan abg aku pakai cermin mata macam cantik je. so teringin laa nak pakai.. Jadi aku start tahu mata aku rabun bila masuk sekolah menengah. aku rasa kabur bila pandang blackboard. Tiap kali nak salin kat buku, aku akan tgk kawan sebelah punya.. sedihnyaaakan? tapi masa tu tak sedar lagi yang aku ni rabun. sampai laa aku form 3 bila borak dgn kakak aku, aku pakai cermin mata dia tetiba dunia ini rasa indah sangat. kakak aku pun cakap laa yang aku ni rabun. mak dan abah pun bawak pergi check mata dan terus power aku 200. haaa.. mmg padan laa kau tak nampak blackboard tu.

Start pada tu mula-mula je suka pakai cermin mata.. lepas tu aku rasa rimas sangat laa pakai specs ni.. argghhhh!!! nak elok kan balik.. :( Tapi ianya tidak menjadi kenyataan.. malah semenjak aku masuk ke Politeknik, rabun aku makin meningkat kepada 300.. dan terus meningkat sebanyak 450..

Apa yang harus dilakukan??

Aku ada laa terbaca pasal rabun ni.. nak cakap pasal retina bagai mmg laa aku bukan pakar mata. Tapi mengikut sumber menyatakan ia berpunca dari kita yang sering melihat benda atau objek terlalu dekat. Kerana mata kita hanya boleh melihat kepada objek dengan jarak jauh.. maksudnya bukan langsung tak boleh lihat objek dekat. tapi setiap 20minit mcm tu kita perlu lihat pula objek yang jauh.. Ini kerana, apabila mata melihat objek dekat dengan begitu lama ia akan memberi tekanan pada mata. Justeru itu ia menyebabkan mata anda tidak kembali kepada asal. oleh itu, anda tidak dapat lagi melihat objek2 yang jauh.. antara puncanya mukin membaca dengan terlalu lama, menonton tv dalam jarak yang dekat. dan melihat laptop atau komputer dengan terlalu lama..

Okay jannah! lepas ni tgk laptop kena 20minit sahaja, lepas tu tgk benda2 hijau atau benda yang jarak jauh. Menonton tv pun sama.. jangan dok ternganga depan tv mcm nak dimakan tv nya tu..

Haaa.. itu jelaa yg nak di share.. :)



Book worm laa sangat.. -_-