Sunday, December 8, 2013

AIR MATA KEHIDUPAN



Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia
merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan....

Saturday, September 28, 2013

Dark Chocolate & Me

Assalamualaikum..

Rindunya kat blog kita.. rindu nak menaip sesuka hati mengikut kata hati.. 

Tapi..

Sebenarnya hati ni tgh sedih.. tak tahu mcm mana nk rungkaikan isi hati ni. kadang2 malas nk dgr kata hati yang kadang2 diri sendiri pun sukar untuk memahaminya apatah lagi org lain..

Mmg lately ni kita dalam mood weak. rasa mcm stress, sedih, frust dan sama waktu dgnnya. depan org je kita senyum mcm happy. tapi bila fikir balik sampai bila nk sedih. sampai bila nk ada dalam mood mcm ni. so kita pun try sibukkan diri supaya tak fikir sgt pasal masalah. I just think "LIFE JUST FOR ALLAH"

Tak kira la berapa susahnya kita, betapa sedihnya kita. 

One day.. Hari kebahagian akan datang juga.

I just enjoy myself while Im still sihat wal'afiat. SYUKUR ALHAMDULILAH. masih punya kudrat utk membuat amal ibadah.



Bila sorg2 rasa sunyi je..


Jadi!! jom la kita cari altenatif untuk kembalikan mood semula... senyuman manis dalam bibir jangan tinggal. INGAT! aku cantik bila senyum. sbb tu aku kena senyum.. tak kira la diri sendiri sebenarnya cantik ke tak di pandangan org. janji you trust your self gituw.



Haaaa.. senyum laaa mcm ini ^_^

Another thing yg kita boleh buat adalah makan coklat. yeayyy!! (sebenarnya kita bukan suka coklat sgt pun)
betul. kita tak tipu.. kita bukan makan sgt coklat ni. tapi kit kat or kinderbueno or whats so ever people spell it. betul ke eja tu? janji ada tanda halal kita ngap la. hehe. tapi kita mkn juga sbb coklat ni boleh buat kita rasa happy.. argghh.. sweet nya awak coklat sbb boleh buat kita happy walau awak x buat apa2 pun.. LOL

Tahu tak coklat ni bagus. walaupun setengah org ckp makan coklat gemuk. nnt tumbuh jerawat or pape jela.. bukan semua coklat ada byk gula berlebihan.. contohnya dark chocolate yg mempunyai 70% kandungan koko belgium. ia bagus untuk kembalikan mood. rendahkan blood pressure dan utk otak.

meh kita share something untuk perkembangan minda..

1) Dark Chocolate baik untuk jantung

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda. Coklat gelap meningkkatkan aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku. Makan coklat gelap juga boleh mencegah arterioklerosis. tak tahu la apa tu arterioklerosis. tapi yg pasti ia bagus utk kesihatan. hehe

2) Good for our brain

Dark Chocolate dapat meningkatkan aliran darah ke otak serta jantung. ia juga membantu mengurangkan risiko strok. kalau nak tahu. coklat ni mengandungi (PEA) haaa.. PEA ni menggalakkan otak untuk merembiskan hormon endorfin, jadi makan coklat ni akan buat kita rasa gembira.. waaahhh.. baca ni pun aku dh rasa gembira.

3) Control our Blood Sugar

Coklat gelap ni menjaga saluran darah kita agar ia sihat dan peredaran dara yg lancar. Dalam coklat ada flavonoid yg dapat mengurangkan rintangan insulin dgn membantu sel sel kita berfungsi secara normal.

4) Antioksidan

Pastinya wanita suka untuk dengar "antioksidan" ni. antioksidan ni membantu badan kita daripada radikal bebas. radikal bebas ni akan menyebabkan kerosakan sel, proses penuaan dan boleh menyebabkan kanser. Jadi kalau kita makan coklat gelap ni dia dapat lindungi kita dari pelbagai jenis kanser dan tanda-tanda penuaan. waaahhh.. :D

5) Theobromine

fungsi theo ni. haa.. panjang sgt namanya. dia dapat mengeraskan enamel gigi. dan membantu untuk menindas batuk. jannah pernah terbaca seorang doktor sedang mengkaji untuk menghasilkan ubat batuk dari Theobromine ni. sbb dia bukan seperti ubat batuk lain dimana jika makan berlebihan akan memudaratkan badan.

6) Vitamin dan mineral yang tinggi
Antara vitamin dan mineral yg ada ialah :
- Potassium
- Copper
- Magnesium
- Iron
 Potassium dan Copper dapat membantu mencegah stok. Iron melindungi terhadap anemia kekurangan zat besi. Magnesium dapat mencegah diabetes, tekanan darah tinggi dan heart attack.


Coklat ni tak cukup 70% tapi almost la kan. so ngap jela.. :)

So, itu la serba sedikit info untuk you all semua.

BTW, kita tgh ajar mak kita untuk makan coklat gelap. sebab blood pressure dia tinggi sgt. hmmm.. Pray for her ok. Sayang maaaaakk sangat! :')




Have a blessed day dunia akhirat uolls ^___^v


Thursday, September 19, 2013

Kata-kata Indah : Motivasi Diri

Assalamualaikum..

Di sini saya nk memberi sedikit perkongsian. dari sumber yang dipetik oleh ustaz Zahazan

1) Solat bukanlah 'tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah. tapi ia adalah 'stereng' yg menunjukkan jalan benar.

2) Maka, kenapa cermin hadapan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka pandanglah kehadapan dan majulah.

3)Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tetapi bertahun-tahun untuk ditulis

4) Semua perkara dalam dunia ini adalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik nikmatilah, ia tak akan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jgn sedih, ia juga tidak kekal lama.

5) Kawan-kawan lama adalah emas, kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian. Jgn lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukkan tapak emas.

6) acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat.

7) Apabila Allah menyelesaikan masallah anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah tidak menyelesaikan masalah anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8) Seorang yg buta tertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yg lebih teruk daripada kehilangan penglihatan?" Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda!"

9) Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengarkpd anda dan merahmati mereka. Kadangkala apabila anda selamat dan bahagia ingatlah bahawa sesorg telah mendoakan anda.

10) Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ni.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorg