Thursday, September 19, 2013

Kata-kata Indah : Motivasi Diri

Assalamualaikum..

Di sini saya nk memberi sedikit perkongsian. dari sumber yang dipetik oleh ustaz Zahazan

1) Solat bukanlah 'tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah. tapi ia adalah 'stereng' yg menunjukkan jalan benar.

2) Maka, kenapa cermin hadapan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka pandanglah kehadapan dan majulah.

3)Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tetapi bertahun-tahun untuk ditulis

4) Semua perkara dalam dunia ini adalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik nikmatilah, ia tak akan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jgn sedih, ia juga tidak kekal lama.

5) Kawan-kawan lama adalah emas, kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian. Jgn lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukkan tapak emas.

6) acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat.

7) Apabila Allah menyelesaikan masallah anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah tidak menyelesaikan masalah anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8) Seorang yg buta tertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yg lebih teruk daripada kehilangan penglihatan?" Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda!"

9) Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengarkpd anda dan merahmati mereka. Kadangkala apabila anda selamat dan bahagia ingatlah bahawa sesorg telah mendoakan anda.

10) Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ni.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorg